Posts

Syria: Saudaramu perlukan sokongan dan pembelaan

Selesai solat taraweh malam ke 15. Sesi tazkirah Surau al-Furqan Presint 11 bersama seorang syiekh dari Syria. Beliau datang memohon bantuan daripada Malaysia, yang mempunyai berkat dan rahmat dari Allah. Allah menguji keimanan orang Islam dengan tidak menurunkan hujan emas di semua negara Islam. Diberinya kesenangan di satu negara dan kesengsaraan disatu negara yang lain. Guna untuk muslim berfikir untuk membantu satu sama lain atas kelebihan yang diberikan. Beliau ungkap satu hadith Nabi s.a.w, umat islam seperti satu jasad, sakit satu bahagian, keseluruhan jasad kita akan sakit. Syiekh bercerita berkenaan kejadian di Syria bagaimana 5 kelompok musuh Islam datang menyerang umat Islam Syria, termasuk Rusia, China, Hizbu Syaitaan dari Labenon, Jaish Mahdi (Syiah) dari Iraq dan Syiah dari Iran. Syeikh mengajak kita membayangkan sekiranya semua itu berlaku kepada kita, apakah kita boleh bertahan tanpa sokongan saudara seagama? Ratusan ribu menjadi pelarian di negara sendiri, ratusan ribu...

Zuhud Yang Memberi Ketenangan

Image
Zuhud di zaman moden, amat sukar untuk dipraktikkan. Zaman ini penuh dengan kemodenan harta benda. Barang-barang yang pelik memenuhi dunia. Kadang-kadang ada yang tidak terfikir di kepala. Juara dalam zuhud sudah pasti para nabi-nabi, sahabat dan hawari mereka. Mereka tidak mengimpi dunia kerana pada mata mereka kelihatan hanya yang indah pada akhirat. Bukan sekadar makan, tapi sehingga cara hidupnya yang amat ringkas. Mati mereka meninggalkan sedimit harta untuk hidup anak-anak mereka. Saidina Umar contoh terulung di kalangan bukan nabi yang menjuarai zuhud. Daripada seorang kaya raya, akhirnya hidup dalam keadaan zuhud dengan hamparan jerami menjadi alas tidur dan lengan putihnya sebagai bantal. Khalifah yang tiada pengawal walaupun menguasai dua pertiga dunia. Apalah nasib kita dibangkitkan dalam keadaan moden ini. Ada yang cuba mencontohi pemahan mereka tentang kezuhudan sahabat. Namun bagi mereka yang makan gaji, bekerja swasta atau kerajaan, zuhud bagaimana yang boleh dipra...

Kalau ada seorang yang sepertimu, tidak kami seperti ini

Image
Gambar hiasan sahaja. Cerita di entry ini mungkin berbeza dengan versi  buku ini sekiranya ada. Entry ini bukan sebahagian daripada buku ini. Teringat perbualan dengan seorang sahabat. "Kalau ada seperti Saidina Umar nescaya Baitul Maqdis milik kita". Kisah mengenai umar seperti saya nukilkan dalam entry lepas seperti di sini . Tidak dapat saya nafikan yang kisah Umar ini sangat meruntun jiwa saya. Keunikannya, kehebatan jiwanya membuatkan rasa kecil diri ini. Kita bertilam empuk, sedang dia berguni kasar tidurnya. Matinya hanya berpusakakan beberapa dirham sahaja. Mati kita meninggalkan sebuah rumah dan kereta. Ya Allah, kehebatan Saidina Umar ini membuatkan hati kita sangat kecut. Kalau saya boleh bertemunya dalam mimpi, ingin saya mencium tangannya sepuas-puasnya. Ketika tentera Islam di bawah komandernya Ubaidah mengepong Baitul Makdis, pemuka Yahudi telah berusaha untuk menguji kekuatan iman tentera Islam. Ditaburnya kepingan imas terbaik berhampiran kem tent...

Cerita Waktu Tidur: Kisah Tok Wali

Image
Gambar hiasan. Syoknya kalau anak-anak kita secantik ini pakaiannya, dan secantik pakaian ini akhlaknya. Cerita #1. Kisah dari ibu... di sebuah kampung ada seorang penduduk bernama Razali... kerjanya mencangkul tanah ditepi masjid. Setiap kali azan masuk, Razali ini tetap melakukan kerjanya. Tidak menghiraukan orang yang datang ke masjid. Seusai solat, orang pulang dan Razali masih melakukan kerjanya. Begitulah setiap hari dan setiap waktu. Orang kampung yang datang bersolat tidak abih-abih mencemuh Razali dibelakang kerana tidak bersolat bersama. Tentulah kalau ikut hukum akal kita yang belajar agama di kampung, Razali mestinya menghormati orang bersolat, dan sepatutnya Razali masuk saf untuk bersolat bersama. Boleh dikatakan semua jemaah datang ke surau mencemuh, setidak-tidaknya dalam hati masing-masing. Kenapa begitu, kenapa begini, jahil sungguh hamba Allah ini sehingga tidak bersolat sedangkan orang lain bersolat sama... Sehingga suatu hari, seorang daripada mereka akhirny...

Hanya mukjizat yang kekal: Anai-anai dan al-Quran

Image
Al-Quran adalah kalam teragung, mesej jelas yang melangkaui pemikiran manusia. Perkara-perkara yang diungkapnya, tidak mampu dicetuskan oleh akal manusia yang sebesar tempurung itu. Manusia boleh mencipta sebuah kapal terbang airbus, pyramid, dan berbagai-bagai ciptaan tetapi manusia tidak boleh mencipta ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan kepada perkara yang datang dari sisi tuhan. Sebagai contoh, 1400 tahun yang lalu, al-Quran telah menceritakan bagaimana matahari tersebut berputuar pada paksinya, dan pada masa yang sama mempunyai orbit yang tersendiri. Siapa yang mengetahuinya, kalau bukan penciptanya. Kejadian yang berlaku di Hyderabad, yang mana teks ayat al-Quran bertulisan Arab tidak dijamah oleh anai-anai yang melahap kertas al-Quran tersebut. Semua teks translasinya dalam Bahasa Urdu dikikisnya. Menjadikan nyata tinggalan sebaris-sebaris ayat al-Quran ditinggalkan. Semua ini adalah kuasa dan keagungan al-Quran yang ditinggikan Allah. Dialah yang menurunkan Al-Quran dan Dia...

Kalau Rindu Hari Yang Lalu

Image
Rindu adalah satu anugerah tuhan yang tak ternilai. Apa itu rindu? Rindu adalah nostalgia. Kebiasaannya, rindu adalah ingatan terhadap apa-apa yang meruntun jiwa kearah keseronokan, kekaguman dan keindahan. Merindui mati adalah tanda orang yang cerdik. Itu sabda junjungan. Orang yang paling cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Kenapa? Mati mendamparkan jiwa kita kepada yang Esa, mengecutkan diri dari keagahan jiwa. Lebih dari itu, mati memulangkan kita kepada penciptaan asal. Manusia dicipta daripada tanah. Tetapi sebelum itu, manusia dijadikan lebih awal dalam bentuk ruh. Tanpa kita tahu aturan ruh itu, tapi kita percaya, kita lebih awal diciptakan dari jasad kita. Rindu kepada satu peristiwa, kita dihimpun bersama-sama, putih bersih setiap ruh, sehingga Allah swt menanyakan kita, Akukah Pencipta Mu?, kita menjawab, Bahkan, Engkaulah tuhan kami. Merindui saat ruh suci di alam lahut, asyik dengan keagungan Allah, butiran-butiran tasbih, tahmid, dan takbir menge...

Jangan Dihina Pemungut Sampah

Image
Kita patut bersyukur kalau kita mendapat kerja sebagai sebagai doktor. Kerana atas usaha kita menghafal nama2 penyakit, kita boleh duduk di kerusi empuk. Atau mungkin kerana nasib tertulis, kita mendapat pembiayaan dan biasiswa. Cuba kita bayang kalau kita ditakdirkan menjadi pemungut sampat. Seawal 5 pagi kita bangkit untuk mengutip sampah di perumahan. Atas usaha kita mengutip sampah untuk mengisi perut, kadang2 kita dicemuh. Dengan baunya. Busuknya. Mubgkin pemungut sampah itu tidak sebaik nasib kota. Mungkin kerana miskin dan tiada duit, mereka tidak dapat belajar. Ajarkan anak2 kita menghormati sesiapa sahaja termasuk pemungut sampah. Kerana kita tidak tahu selama mana kita akan diempuk kerusi kita. Mungkin esok atau lusa takdirnya kita seperti mereka. Sekadar coreten dikongsi dengan taulan.