Posts

Talkin Yang Berpanjangan

Kematian itu dekat. Selalu berlegar di sekeliling kita. Satu-satu datang dijemputnya. Bagi umat nusantara yang bergelut antara agama dan budaya, melihat kematian sebagai satu kesedihan yang tidak harus dilupakan. Kata-kata syahdu mengingatkan kita kepada kematian orang yang tersayang. Seakan kita tidak mahu melupakan orang tersayang yang pergi dulu meninggalkan kita. Ulama silam nusantara amat mahir dalam ilmu dakwah. Buktinya, Bagaimana sebuah masyarakat yang sebahagiannya amat kuat kepercayaan dewa alam sekitarnya dan sebahagian lain yang amat kuat kepercayaan hindu dan buddhanya, akhirnya tunduk melutut kepada Allah tuhan semesta alam, tanpa tumpah darah dan perkelahian. Semuanya kerana keindahan akhlak pendakwah dan kemurnian nilai yang dibawa Islam. Begitu lembut jiwa orang Melayu mudah menerima dakwah , sebab itu, dari takbir raya sehingga talkin pun adalah nada sedih yang mengharukan. Bagi saya, talkin adalah hubungan rohani yang dicetus antara seorang anak dan ibunya yang per...

Iman4u received stock hadith with matan translation.

Alhamdulillah, after long effort, Iman4u.com is now on track as we completed hadith database sub project to provide the hadith with english translation. User now can search the hadith both in English and Arabic. The search engine for the hadith is still in wildcard method using LIKE statement. However, the performances is tremendous and could be rely for your work. However, we are trying to convert into fulltext search for more operational support queries. So what next? Rearrange hadith topics We are paving a way for people to contribute to develop a reconstruction hadith of sunan sittah so that the hadith will be group into our attributes. Create fatwa bank database We are planning to have fatwa bank from various fatawa website all around the world. Wait for my next posting on how we go about this idea.

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Image
Screen shot untuk bacaan al-quran di iman4u.com Alhamdulillah. Projek iman4u.com kami semakin berkembang. Minggu ini kami berupaya untuk bangunkan balik audio page untuk iman4u.com dan kami namakan kod dengan Audion atau Audio al-Quran. Audion gunakan sepenuhnya HTML5 untuk sokongan audio yang baik. Kami adunkan juga dengan jquery untuk bolehkan bacaan al-Quran yang pebih interaktif. Hasrat kami adalah pengguna boleh membaca al-Quran dan terjemahannya ketika mendengar bacaan yang mulia ini. Kami sokong page untuk bacaan ini dengan sumber bacaan daripada everyayah.com/versebyverse project untuk bantu kurangkan kesan pada bandwidth kami. Kami sedang mengumpul dana untuk buka satu server berasingan untuk host image dan mp3 bacaan al-Quran ini. Kos sekitar RM800 setahun sebab kami menggunakan cloud virtual private server dan CDN. Oleh kerana kosnya agak tinggi (semua caj ke kredit kad saya), saya tangguhkan dahulu. InsyaAllah, dalam beberapa ketika ini, kita menggunakan server e...

Iman4u.com : Enjin Pencari teks al-Quran dan al-Hadith

Image
Alhamdulillah, saya telah berjaya menerbitkan versi pertama Iman4u.com yang memberi penumpuan kepada pembangunan enjin pencari perkataan berbahasa Arab di al-Quran dan matan hadith. Saya bangunkan dengan php dan mysql dan ianya dapat membantu anda mencari ayat-ayat atau hadith dalam sekelip mata sahaja. Buat masa ini, My Al-Quran module boleh membantu anda memaparkan ayat al-quran mengikut surah. anda juga boleh mendengar bacaan al-quran oleh para imam yang utama (lebih 30 orang) yang disupport oleh everyAyat / Versebyverse project. Enjin pencari al-quran bolehkan anda mencari arabic text atau terjemahan dalam lebih 30 bahasa. Kami bangunkan enjin ini menggunakan php dengan dibantu dengan charset utf-8 untuk ketepatan carian. Bagi hadith. search engine hadith telah dibangunkan dengan kaedah yang sama iaitu php, mysql dan utf-8. Database bagi hadith menagandungi lebih 62,000 hadith daripada 9 kitab hadith termashur iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Nasa...

Al-Fatihah Yang Mendekatkan kita pada Rabb

Al Fatihah adalah bacaan solat yang amat dahsyat. Dalam fiqih tuntunan shalat, Al Fatihah merupakan bacaan shalat yang bersifat rukun. Teristimewa, Allah akan menjawab pada setiap ayat yang kita baca. Luar biasa, bukan ...? :-) Buktinya? Ini dia, firman Allah dalam hadis qudsi: Nabi SAW bersabda, "Allah SWT berfirman: Sembahyang itu Kubagi dua antara Aku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila ia mengucapkan Alhamdulillahi rabbil alamin, Aku menjawab: "Hamba-Ku memuji-Ku". Apabila ia mengucapkan Arrahmaanirrahiim, maka Aku menjawab: "Hamba-Ku menyanjung-Ku". Apabila ia mengucapkan Maaliki yaumiddiin, maka Aku menjawab: "Hamba-Ku mengagungkan-Ku". Apabila ia mengucapkan Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin, maka Aku menjawab: "Inilah bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dimintanya". Apabila ia mengucapkan Ihdinashirratal mustaqim, shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi ala...

Jangan Bermain dengan Api Khianat

Image
1. Khianat adalah satu perbuatan yang memang dibenci dan tidak disukai. Daripada khianat ini datanglah rasuah dan penyelewengan. Cari sahaja dimana-mana, pastinya perbuatan khianat ini tidak dapat diterima oleh agama, undang-undang atau masyarakat. 2. Ada yang khianat atas kepercayaan teman-teman. Bahkan ada juga yang khianat dengan kuasa. Semuanya berlaku dalam keadaan sedar yang dipilih oleh pembuatnya. Apa yang mendorongnya usahlah ditanya. Ianya pasti dijadikan alasan. Sebab anak, sebab kesempitan hidup, tiada pilihan dan sebagainya. 3. Memang bagi setiap perlakuan khianat ini adalah disediakan dengan siksaan oleh Allah swt di akhirat kelak. Namun begitu, sering kali manusia mudah melupakannya. Kadang kala perlakuan melakukan khianat ini telah bersemi menjadi budi dan darah sesetengah dari kita. 4. Saya pernah mendengar satu kisah bahawa pernah berlaku satu perebutan pusaka. Kerana anak-anak yang ditinggalkan si mati masih kanak-kanak, semua hartanya diambil oleh bapa saudara me...

Kerana Sekeping Kulit : Anda tidak lagi mahu lakukan maksiat selepas ini

Image
Lapisan yang paling luar pada badan manusia dikenali sebagai kulit. Perkataan kulit terbit beberapa kali pada kitab al-Quran dan merupakan komponen kehidupan yang paling penting. Menurut pengkisahan sains, kulit adalah satu lapisan yang terdiri daripada liang-liang yang menyerap perubahan persekitaran, mempertahankan kita daripada penyakit dan seterusnya sebagai agen deria yang paling penting untuk memberikan kita satu perasaan yang dinamakan seagai sakit. Lapisannya sangat unik yang mana ianya boleh menterjemah signal yang dihantar apabila wujudnya konteks kepada kulit kepada saraf-saraf hingga ke otak pemikiran kita. Dalam al-quran, kulit merupakan organ yang penting yang dijadikan oleh Allah, sehingga manusia merasakan satu keistimewaan apabila memiliki kulit yang cantik dan putih. Begitu juga sebaliknya, manusia yang memiliki kulit yang huduh dan gelap sering kali dipandang serong oleh masyarakat lain. Sehinggakan Allah memberitahu ummatnya bahawa Dia tidak melihat kepada...