Posts

Gandakan Sedekah di bulan Ramadhan

Image
Bulan ramadhan adalah avenue terbaik untuk mengubah tabiat kita dalam melakukan sesuatu untuk menukarkan ianya menjadi satu ibadah. Bulan Ramadhan memberi ruang untuk setiap hamba berubah dengan usaha sendiri dan doa kepada Allah s.w.t. Memang banyak hadith-hadith yang dibacakan kepada kita berkenaan dengan kelebihan Ramadhan. Namun sesetengah daripada kita tetap lupa untuk menghayati intisari hadith tersebut. Yang ada hanya rasa untuk makan dan menikmati jamuan berbuka puasa. Sehingga lupa tuntutan yang lebih besar daripada itu iaitu tuntutan ibadah. Ibadah pada bulan ini sebenarnya tidak mudah untuk dilakukan. Dengan keletihan dan rasa panas, mencabar produktiviti kita dalam beribadah. Sepatutnya bulan ini bukan hanya tertumpu pada ibadah puasa sahaja, bahkan ibadah-ibadah lain yang harus kita lakukan. Sekiranya ini kita tidak lakukan, maka tergolonglah kita ke dalam hadith Rasulullah bahawa kita hanya berpuasa dan mendapat lapar dan dahaga sahaja. Ibadah yang paling mudah un...

Al-Quran : Peninggalan Rasulullah s.a.w yang Paling Berharga. Hargailah.

Image
Bagi yang membaca al-Quran perlahan-lahan, ditegur kesalahan, jangan gusar, tapi teruskanlah membaca. Al-Quran adalah kalam Allah dan hanya Allah yang memberikan ganjaran kepada pembacanya. Biarlah Allah menilai atas usaha anda dan kasih sayang anda pada kalamNya. Kita tidak risaukan kepada mereka yang merangkak baca ayat-ayat suci ini, yang kita risaukan adalah mereka yang tidak mahu atau enggan mencuba membacanya. Yang lebih dirisaukan adalah mereka yang pandai tapi tidak mahu memimpin rakan-rakan lain untuk membaca. Sedangkan Nabi saw berkata, sebaik baik kita adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarnya kepada rakan-rakan kita. Al-Quran ini adalah rakan, penenang, pelindung dan yang paling penting pensyafaat untuk kita selamat dari huru hara hari kiamat. Semoga dengannya kita bertemu dengan Allah dalam keadaan bahagia. Tiada ingatan atau hafalan dan pembacaan al-Quran bererti seperti rumah kosong tanpa perabutnya. Ada orang yang hanya mampu membeli perabut yang murah, u...

Sayangi Haiwan. Mereka Ciptaan Tuhan

Image
  Terkejut mendengar berita hari ini sebuah Majis Perbandaran menganjurkan hari menangkap anjing liar, dengan upah RM10.00 setiap seekor anjing dapat ditangkap dan diserahkan kepada Majlis. Berita lanjut boleh dibaca di sini. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/03/Two-save-hundred-dogs/ Islam meletakkan tempat yang tersendiri bagi anjing. Bagi haiwan yang lain pula, Al-Quran memberi tempat kepada haiwan untuk disebut dalam al-Quran. Mungkin kita teringat tentang kisah semut, unta, lembu dan sebagainya yang disebut oleh Al-Quran dengan kisahnya yang tersendiri. Hasrat Majlis Perbandaran ini adalah untuk mengurangkan anjing liar yang berada di kawasan mereka yang menganggu keselamatan awam. Walau bagaimanapun, menurut MP kawasan terbabit, tindakan itu mungkin mengundang kekejaman kepada anjing kerana orang ramai mungkin cuba menangkap mereka. Dalam menguruskan perkara ini saya berasakan pegawai yang meleluskan kempen berkenaan mungkin tidak menimbang sensitiviti masya...

Kalau kamu kaya

Kalau kamu kaya Beruntunglah Kerana kamu salah seorang Yang diberi nikmat Di dunia Kalau kamu kaya Bersyukurlah, Kerana kamu disayangi tuhan Dijauhkan dari kepapaan Di dunia Kalau kamu kaya Senyumlah Kerana tidak ada hari Hidupmu tanpa harta Di dunia Kalau kamu kaya Beringatlah Masih ada yang kelaparan Tatkala kamu kekenyangan Di dunia Kalau kamu kaya Berkongsilah Walau pun sedikit dari kekayaanmu Kerana dengan itu ada yang bergembira Di dunia Kalau kamu kaya Kenanglah Waktu-waktu susahmu Kerana kesusahan itu akan menjagamu Di dunia Kalau kamu kaya, Usahlah dilupa Pada janji ketika mu miskin Untuk menderma sekian banyaknya Di dunia Kalau kamu kaya Berwaspadalah di dunia Kerana kamu mempunyai Tanggungjawab yang lebih Untuk diperiksa di akhirat Kalau kamu kaya, Beruntunglah.

Komunikasi Berkesan sebagai kunci Bahagia Suami Isteri

Image
Membangunkan sebuah keluarga yang bahagia adalah satu proses yang amat mencabar. Keluarga bahagia tidak tampak begitu sahaja. Ianya dibangunkan dengan rasa yang penuh terbuka, menerima dan memberi. Tiga ulam kehidupan ini, amat penting untuk menjadikan kebahagian ini berkekalan, bukan hanya pada malam pertama sahaja. Pasangan muda mungkin tergelap mata dengan keseronokan bercinta tanpa mampu melihat kehadapan tentang apa yang akan berlaku selepas berkahwin. Keperluan kewangan, keperluan bersosial pasca perkahwinan dan sebagainya. Cuba kita lihat, berapa banyak pasangan yang bercerai dalam tempoh perkahwinan yang masih muda. Hanya kerana gagal mencari titik persamaan antara dua graf lekuk kehidupan suami dan isteri. Ketika saya pernah bertugas di Mahkamah Syariah suatu ketika dahulu, saya pernah melihat bagaimana seorang wanita yang membalingkan kasut ke arah suaminya yang menurutnya telah berbohong kepadanya. Tidak kurang juga kes-kes keretakan perkahwinan kerana campur tan...

Muliakan Tetamu dan Allah akan Memuliakan Kita

Image
Memuliakan tetamu merupakan adab Islam yang utama. Tetamu datang ke rumah kita untuk pelbagai tujuan. Aad yang datang untuk menziarahi kita, dan pulang selepas beramah mesra dengna kita. Sebagai tuan rumah, kita perlu menyediakan sedikit makanan yang mengikut kemampuan kita, bagi memluiakan mereka dan tanda berterima kasih kepada meraka kerana datang. Begitu juga ada tetamu yang datang untuk menumpang berteduh dirumah kita. Sayugia kita berasa gembira kerana dapat menyediakan sedikit kelengkapan kepada mereka sepanjang mereka berada di rumah kita. Teringat juga dengan pesanan orang-orang tua, tetamu ini membawa rahmat dan rezeki untuk kita sekeluarga. Memuliakan tetamu tidak mengira sesiapa, daripada kalangan pembesar negara atau para ulama, sehinggalah kepada orang paling miskin antara kita. Dengan kehadiran tetamu sedikit sebanyak membantu kita menyediakan rumah tangga kita dalam keadaan bersedia. Tetamu juga dapat mendoakan kesejahteraan kita dan memberikan sedikit cahaya, kerana...

Penyusunan al-Quran: Wadah Islam sepanjang zaman

Image
Al-Quran sering menjadi sasaran para orientalis untuk merobek sarang keraguan umat Islam dengan menyatakan betapa al-Quran tersebut telah diubah oleh mereka yang datang selepas Nabi s.a.w. Dakwaan ini sangat jelas mahu mempermainkan keyakinan kita kepada Islam. Al-Quran telah dibukukan sejak dari awal Islam dimana Nabi s.a.w sangat menitik beratkan pengumpulan tersebut. Semoga sejarah dan usaha para Sahabat r.ah menjadi kebanggaan kita dan usaha mereka untuk memelihara Islam sebagai wadah perjuangan hidup kita berterusan kepada akhirnya. Al-Quran telah dijamin Allah swt akan keasliannya berterusan sepanjang zaman. Penyusunan al-Quran daripada mereka yang terbaik adalah kehendak daripada Allah swt jua dan penyusanan ini adalah yang terbaik seperti yang diminta oleh Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Bersama ini saya nukilkan bagaimana al-Quran disusun sepertiaman yang dicatat di http://www.voa-islam.com/read/tsaqofah/2009/09/10/1011/bagaimana-al-quran-dibukukan/#sthash.OeTa49fj.dpbs 1...