Posts

Guru di Sebalik Gunung

Image
Semalam yang hilang... Hari ini datang Kadang-kadang dengan senyuman Kerutan di dahi memudarkan senyum di pipi Kadang-kadang malam hilang Tanpa menyelimut kelopak mata bersama syair indah si sayap jernih tanpa kelambu hanya kepulan asap kelabu Pena tetap beralas tinta Menyongket ilmu Menenun jiwa Dinihari beratapkan embun pagi menguak buih-buih sungai mahu mendidik anak-anaknya yang hanya mengenal buaya ikan sungai yang tidak tahu jantan betinanya diteratak yang hanya bertiangkan buluh tatkala rakan mu menunggang kancil engkau menapak di titi reput kamu membelai amanat bangsa tiada siapa peduli tiada yang tahu dewasa anak sungai air tangan mu bergenang dijiwanya anak sungai itu tahu amanatmu bekas tapak kakimu tersemat dilubuknya arah alurnya dibentuk tanganmu dia tahu yang mana permata dia tahu yang mana kaca tiang serinya semegah tiang titi penambang tidak reput dimakan lumpur hitam hanya kerana engkau yang mengetamnya hanya kerana engkau yang memilih kayunya anak sungai itu tidak te...

Diri ku dengarlah, aku mahu pulang!!!

Pengasih Itu sifat mu Jauh pangkal untuk sifat ku Aku hanya manusia lemah Makan minum ku kau belas Nafas udara kau hembus Tuhanku Besar nikmat mu Isteri yang cantik pada mata ku Anak yang sihat bugar anugerahMu Teratak indah segan ku huni Emas putih dihujung pintu Mataku dan telingaku Sedikitpun tidak buta dan pekak Lidah dan hidungku Tidak kelu dan bengkok Mulut dan dagu ku Manis pada pandangan isteriku Tapi apa ku balas untuk Mu? Di tikar solat ku rasa tuan Dirukukku ku kira uang Disujudku ku mohon pangkat Di tasyahudku ku bilang darjat... Mata ku masih juga terpandang Kadang kadang dua kali pada yg haram Walaupun tersipu malu dgn perasaan Telinga ku dengari juga gelakan syaitan Mulut tetap mengeji Hidung tetap Meninggi Sujud ku kosong DiriMu entah kemana Tujuh anggota hilang rasa hamba Rukuk ku lewat malas Berdiriku hanya sekadarnya Munafik diri ku Bersolat kerana orang Bukan sebab diri Mu Kau beri lagi aku nyawa... Nafas berterusan Untuk apa tuhan? Ku mungkiri mu saban esok malam, ...

Kalau begini takutmu pada Allah

Orang yang paling takut kepada Allah daripada kamu adalah golongan ulama. Ulama bererti, mereka yang alim iaitu tahu sedalam-dalamnya dalam satu ilmu. Dalam pengistilahan Melayu, Ulama disandarkan hanya kepada golongan agamawan yang memperjuangkan setiap detik hidupnya untuk berbakti kepada Allah s.w.t dan Islam. Ulama mestilah berani menyatakan "bahawa tuhan ku adalah Allah" walaupun mata pedang diletak di atas batang tengkuknya. Ulama mempamerkan sifat tawakkal yang paling tinggi dan tidak bergantung kepada pemberian manusia. Kemodenan dunia hari ini, mungkin sukar untuk mencari seorang ulama diletak mata pedang pada lehernya dan disuruh untuk meninggalkan Islam, sehingga ulama itu berkeras dan menyatakan Allah adalah tuhanku dan Islam adalah agamaku sehingga kerongkongnya dicarik-carik oleh pedang itu. Tetapi dalam kaedah moden ini, lebih merbahaya kerana ulama dikelilingi dengan kemewahan dunia sehingga ada sesetengahnya yang berpaut pada kesenangan dunia dan ditipu oleh ...

Makan dan makanlah, sampai kenyang... lupa dan lupalah, apabila kenyang...

Image
Kesempatan yang sebentar tadi bermuzakarah (ingat mengingatkan) antara saya dengan kekanda berlangsung melalui YM... jauh, dari Kuala Terengganu ke Washington DC. Topik yang dibincangkan amatlah ringkas. Sebentar tadi selepas isya', berkesempatan melihat sepotong klip video di Youtube, seorang Ustaz bernama Ustaz Azhar (sangat glamour di Terengganu) mengajar mengenai adab duduk dalam toilet... katanya, bagi ulama, ada dua sifat utama, pertama tidak duduk lama dalam toilet melainkan darurah, bahkan ulama akan keluar dari tandas apabila selesai Qada' hajatnya. Sifat kedua menurutnya, Ulama tidak berperut buncit. Kerana perut buncit itu akan membuatkan seseorang menjadi lembab, malas, benak (bahasa Terengganu - lambat faham, mudah lupa). Terasa juga tertampar diri sendiri. Walaupun saya bukanlah seorang 'alim dari kalangan ulama', tapi cukuplah kalau diri ini mahu mencontohi ulama'. Atau, kalau tidak mampu, mengasihi ulama'. Rasa tertampar di pipi kanan, apabila be...

Lidah: Semanis Rasa dan Sekelat Kata

Image
LIDAH merupakan anggota yang cukup penting dalam badan manusia. Tanpanya kita tidak mampu untuk berkata-kata melainkan omong-omong udara sahaja. Tidak cukup ukurannya menjadikan lidah "telo" dan tidak dapat menyebut rumat-rumah kata dengan sempurna. Walau pun begitu, lidah bukanlah satu organ yang bersendiri. Lidah memerlukan bibir, lelangit, gigi, "anak tekok", peti suara untuk berfungsi sempurna. Menjadikan lidah adalah paling popular kerana menjadi kunci kepada fungsi-fungsi organ atau bahagian sekitarnya. Dalam pepatah melayu juga, lidah banyak disebut seperti "lidah bercabang" dan sebagainya. Sebagaimana kedudukan lidah sebagai organ kunci di mulut, begitulah juga lidah sebagai kunci kepada dua tempat abadi, iaitu syurga dan neraka. Lidah menjadi jambatan kepada syurga, tetapi bagi neraka adalah antara kunci utama. Betapa hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang menyifatkan lidah adalah penyebab utama masyarakat manusia dihumban ke neraka, selain kemaluann...

Taklim: Seorang Pengemis Membawa Cetong

Berikut adalah catatan sesi taklim dengan kekanda saya untuk dikongsi dengan rakan-rakan semua. Sedarlah saya bahawa semua kita ini adalah fakir, walaupun orang kaya. Patutlah juga seorang wali Allah s.w.t. akan menghina diri dia di hadapan Allah s.w.t. Padahal tidak ada orang biasa yang setanding dengannya. Amal ibadatnya. Ikhlasnya... Tidak pernah berasa tinggi dan hebat di hadapan Allah. Takut akan ujian lantaran besar diri yang terucap di bibir mereka. Renungkanlah... me: salam. ustaz: waalaikumussalam Sent at 11:55 AM on Tuesday me: ada taklim hari ni? ustaz: pasal cetong la me: hehe dok menarik ustaz: dok meanrik ke? seorang pengemis membawa cetong me: bagi tajuk lain sikit ustaz: tu la tajuk dia ayat quran dia anta fuqaraa'u ilallah me: baru best tajuk tuh ustaz: tu ah tajuk dia.. cetong pengemis me: ok la ustaz: seorang pengemis yang berbangga dengan cetong dia.. logik ke? me: hehe... cetong emas ustaz: tuhan letak kekayaan dalam cetong dia, pastu dia berbangga kan do...

Muhammad: Namamu Teragung

Image
Oleh Mohd Amiruddin bin Hamzah Kesempatan yang singkat, terfikir sejenak kepada satu ayat Allah, dalam satu surah pendek yang seringkali juga dibaca. Sebelum saya ungkapkan ayat suci itu, suka untuk terus menyebut nama ini. Muhammad. Syukur juga kerana nama ini wujud dipermulaan nama saya. InsyaAllah, pada akhirat nanti, saya akan cuba berbangga apabila nama saya dipanggil oleh malaikat. Apa tidaknya, nama yang dipanggil adalah nama seorang yang amat besar di padang mahsyar nanti. Muhammad. Kekasih Allah, tuan empunya padang mahsyar, pemegang anak kunci syurga. Firman Allah s.w.t: "Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?" - Al-Insyirah 4 Ayat ini secara jelas menjulang tinggi Nabi Muhammad sebagai seorang yang bukan sahaja tinggi nilai pekertinya, malah perkataan namanya sendiri dijulang Allah sepanjang zaman. Lihat saja nama nabi dihubungkan dengan Allah dalam syahadah. Tidak lengkap syahadah tanpa mengakui...