Posts

Muhammad: Namamu Teragung

Image
Oleh Mohd Amiruddin bin Hamzah Kesempatan yang singkat, terfikir sejenak kepada satu ayat Allah, dalam satu surah pendek yang seringkali juga dibaca. Sebelum saya ungkapkan ayat suci itu, suka untuk terus menyebut nama ini. Muhammad. Syukur juga kerana nama ini wujud dipermulaan nama saya. InsyaAllah, pada akhirat nanti, saya akan cuba berbangga apabila nama saya dipanggil oleh malaikat. Apa tidaknya, nama yang dipanggil adalah nama seorang yang amat besar di padang mahsyar nanti. Muhammad. Kekasih Allah, tuan empunya padang mahsyar, pemegang anak kunci syurga. Firman Allah s.w.t: "Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?" - Al-Insyirah 4 Ayat ini secara jelas menjulang tinggi Nabi Muhammad sebagai seorang yang bukan sahaja tinggi nilai pekertinya, malah perkataan namanya sendiri dijulang Allah sepanjang zaman. Lihat saja nama nabi dihubungkan dengan Allah dalam syahadah. Tidak lengkap syahadah tanpa mengakui...

Hakikat Perkahwinan: Manis dan Pahit Kehidupan Satu Rahmat Mengenal Tuhan

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Bermula penciptaan Manuia Adam dan Manusia Hawa. Bermulalah kisah sejarah pengkhalifahan manusia yang tidak lagi padam sehingga kini. Allah dengan rahmat dan kasihNya memenuhi tuntutan jiwa manusia agar segala kelebihan yang Allah berikan menjadi jambatan ke arah keredhaanNya. Manusia itu adalah ruh yang disaluti oleh jasad tanah hidup yang menjadi darah daging mereka. Diselaputi juga nafsu yang asal kejadiannya buas. Ditundukkan nafsu dengan iman yang menjadi kunci kehidupan. Dikurniakan perasaan cinta dan kasih sayang (mawaddah) antara lelaki dan perempuan, sanak saudara dan lebih penting, kasih sayang kepada maha pencipta. Rumahtangga sebenarnya satu rahmat kepada Manusia. Rumahtangga memberi jalan kepada manusia untuk menyalurkan nafsu dan hawa dirinya ke landasan yang diiktiraf oleh syariat Allah s.w.t. Perkahwinan membawa kepada perkongsian hidup, memelihara darah dan keturunan agar turun menjalar membelah masa dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan. Per...

Betulkah kamu faham?, "Hidup ini permainan!"

Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah Manusia dipilih menjadi khalifah membatasi peluang makhluk lain seperti Jin dan Haiwan. Sehinggalah Iblis enggan mengiktiraf manusia akibat daripada kesombongan dirinya bahawa dia dan bangsanya lah yang mempunyai hak untuk memakmurkan dunia. Memikirkan dirinya elit, lantaran ibadat yang dilakukannya dan keistimewaannya mengetuai mahkluk cahaya yang lain bangsa daripada dirinya dan bukannya makhluk tanah yang dicipta daripada lumpur dan air yang hina. Kebanggaan manusia diciptakan menjadi khalifah kemudiannya dicela dengan satu bentuk kenyataan bahawa manusia adalah terdiri daripada orang yang tidak tahu (jahil) kerana memikul amanah yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain termasuklah haiwan dan tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan mungkin tahu kesenangan apabila menjadi khalifah, tapi mereka tahu akan tanggungjawab bahawa amanah itu akan diaudit balik di hari kemudian. "Exit conference"nya hanyalah dua iaitu Syurga dan Neraka. Manusia selepas turu...

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Image
Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah (Merindui semangat Muhammad Al-Fatih dan tenteranya yang menakluk kubu kuat kristian di timur dan barat, kota konstantinople pada 29 Mei 1453, iaitu hampir 555 tahun yang lalu.) Jurnal ini sekali lagi menjengah ke arena tokoh. Berputar juga benak penulis memilih tokoh yang ingin ditulis pengkisahan dan kehebatan riwayatnya. Ini kerana terlalu banyak tokoh yang berlegar "slide"nya dalam pemikiran penulis. Akhirnya, penulis tekad untuk menulis mengenai tokoh pahlawan Islam yang sifatnya meniti di bibir Rasulullah s.a.w walaupun kehadirannya adalah dalam beberapa abad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Tokoh yang dimaksudkan adalah Sultan Muhammad bin Murad II al-Fatih (Mehmet II), sultan Kerajaan Uthmaniyyah, Turki atau beliau lebih agong dikenali sebagai Muhammad Al-Fatih, pembuka kota Constantinople. Riwayat Hidup Beliau dilahirkan pada 27 Rejab 835 H bersamaan 30 Mac 1432 M. Beliau dibesarkan dalam persekitaran kerajaan yang stabil hasil dedik...

Memperkasakan Ekonomi Umat Islam: Realiti dan Cabaran

Image
Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah Dewasa ini, isu ekonomi merupakan antara isu yang paling hangat dibincangkan oleh sesiapa jua. Dari golongan orang berkulit hitam di afrika hinggalah orang yang berkulit merah di benua amerika. Semuanya tertumpu kepada perbincangan dan harapan agar ekonomi dunia pulih dan kemakmuran kembali kepangkuan mereka. Tidak dinafikan, ada negara-negara tertentu merangkak untuk keluar daripada gelombang kemelesetan dunia ketika ini. Ada berharap kepada masa dan ada yang berharap kepada kebijaksanaan pemimpin. Zaman sekarang bukanlah zaman "ali baba 40 penyamun" cerita P. Ramlee dahulu. Tidak ada lagi gua-gua yang boleh dibuka dengan "mentera" jampi untuk mendapatkan emas. Semuanya dilentur, dipalu dengan besi untuk mendapat nikmatnya. Tiada ada rezeki yang datang bergolek, tapi yang ada adalah buah-buah rezeki yang duduknya agak tinggi dan kita melompat-lompat untuk mencapainya. Islam meletakkan ekonomi sebagai salah satu aspek kehidupan yan...

23 Minit di Dalam Neraka

Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Kesempatan bertugas luar kawasan di Boston, Massachusetts, membolehkan penulis singgah di New Jersey. Ketika di kawasan "Service Area" NJ Turnpike (lebuh raya sepanjang 150 batu sebelum memasuki Delaware), penulis berkesempatan membeli sebuah buku "23 Minutes in Hell" tulisan Bill Wiese, seorang broker hartanah yang kemudiannya menjadi seorang yang kuat beragama kristian selepas pengalamannya memasuki neraka hanya dalam tempoh 23 minit. Dalam kisah beliau, pengalaman di dalam neraka sama seperti apa yang digambarkan dalam kitab-kitab bible seperti seksaan oleh gergasi, lompak-lompak api yang memercik dan bagaimana beliau mengharungi masa itu yang beliau rasakan seakan-akan berminggu-minggu beliau di sana. Dengan keadaan sekeliling yang gelap, busuk dan menyeksakan, beliau akhirnya diselamatkan oleh Jesus. Dalam konversasinya dengan Jesus, beliau diberitahu bahawa beliau dipilih oleh Jesus untuk mengetahui tentang kebenaran neraka ini. Ini...

Maryam, Ikon Wirawati Islam Sepanjang Zaman

Image
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah Nama Maryam bukanlah satu nama yang " favorite " yang selalu dipilih oleh para ibu bapa dalam menamakan anak-anak perempuan mereka. Selain kelihatan agak ketinggalan dan nama tersebut mungkin menurut mereka tidak moden bunyinya jika dibandingkan dengan nama-nama moden yang cantik disebutnya, tetapi tidak cukup helaian kamus apabila hendak diketahui maksudnya. Namun begitu, dalam Islam, nama ini adalah satu nama yang besar dan diterima oleh tiga ugama utama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Maryam adalah satu nama yang besar dalam Al-Quran. Nama yang merujuk kepada seorang wanita suci yang menjadi pilihan tuhan ke atas semua wanita yang diciptakan tuhan. Maryam adalah satu-satunya nama wanita yang disebut secara soreh dalam al-Quran, dan apabila dibariskan, maka ternyatalah beliau mempunyai kedudukan sebaris dengan Nabi-nabi yang dirakam nama mereka yang asal dalam al-Quran. Maryam adalah seorang yang menjadi penanda aras keimanan yang tinggi kep...