Surah At-Tiin: Antara Shahih dan Dhaif
Surah at-Tiin adalah antara surah yang popular dalam bacaan sembahyang. Surah ini yang mengandungi kandungan-kandungan penting berkenaan dengan akidah, kepercayaan kepada Allah dan kepercayaan kepada pembalasan api neraka akibat perbuatan buruknya. Jika setengah kita belajar perbandingan agama, setengahnya berhujah bahawa ayat ini turut merujuk kepada agama buddha dengan rujukan kepada buah tiin atau buah bhool dalam budaya asalnya yg menjadi lambang agama buddha. Buddha dikatakan adalah seorang rasul yang diutuskan kepada kaumnya membawa ajaran Islam. Yang kemudian dihakis konsep keislamnya akibat ditelan zaman. Ada juga menisbahkan Guatama Buddha sebagai Nabi Zul Kifli iaitu seorang Nabi yang harus diimani oleh orang Islam. Apapun pandangan orang kita tetap percaya bahawa Allah mendatangkan al-Quran dengan hikmah untuk memberi ruang kepada kita mengkaji agama ini. Diakhir ayat surah ini, ada satu ayat yang signifikan untuk kita bincangkan. Kita sedia belajar dalam kaedah taamil al...