Posts

Muliakan Tetamu dan Allah akan Memuliakan Kita

Image
Memuliakan tetamu merupakan adab Islam yang utama. Tetamu datang ke rumah kita untuk pelbagai tujuan. Aad yang datang untuk menziarahi kita, dan pulang selepas beramah mesra dengna kita. Sebagai tuan rumah, kita perlu menyediakan sedikit makanan yang mengikut kemampuan kita, bagi memluiakan mereka dan tanda berterima kasih kepada meraka kerana datang. Begitu juga ada tetamu yang datang untuk menumpang berteduh dirumah kita. Sayugia kita berasa gembira kerana dapat menyediakan sedikit kelengkapan kepada mereka sepanjang mereka berada di rumah kita. Teringat juga dengan pesanan orang-orang tua, tetamu ini membawa rahmat dan rezeki untuk kita sekeluarga. Memuliakan tetamu tidak mengira sesiapa, daripada kalangan pembesar negara atau para ulama, sehinggalah kepada orang paling miskin antara kita. Dengan kehadiran tetamu sedikit sebanyak membantu kita menyediakan rumah tangga kita dalam keadaan bersedia. Tetamu juga dapat mendoakan kesejahteraan kita dan memberikan sedikit cahaya, kerana...

Penyusunan al-Quran: Wadah Islam sepanjang zaman

Image
Al-Quran sering menjadi sasaran para orientalis untuk merobek sarang keraguan umat Islam dengan menyatakan betapa al-Quran tersebut telah diubah oleh mereka yang datang selepas Nabi s.a.w. Dakwaan ini sangat jelas mahu mempermainkan keyakinan kita kepada Islam. Al-Quran telah dibukukan sejak dari awal Islam dimana Nabi s.a.w sangat menitik beratkan pengumpulan tersebut. Semoga sejarah dan usaha para Sahabat r.ah menjadi kebanggaan kita dan usaha mereka untuk memelihara Islam sebagai wadah perjuangan hidup kita berterusan kepada akhirnya. Al-Quran telah dijamin Allah swt akan keasliannya berterusan sepanjang zaman. Penyusunan al-Quran daripada mereka yang terbaik adalah kehendak daripada Allah swt jua dan penyusanan ini adalah yang terbaik seperti yang diminta oleh Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Bersama ini saya nukilkan bagaimana al-Quran disusun sepertiaman yang dicatat di http://www.voa-islam.com/read/tsaqofah/2009/09/10/1011/bagaimana-al-quran-dibukukan/#sthash.OeTa49fj.dpbs 1...

Pembesaran Masjidil Haram, apa pandangan anda?

Image
Mecca construction transforms Holy City - Middle East - Al Jazeera English Saya melewati paparan berita al-Jazeera berkenaan dengan renovasi Makkah dan pandangan beberapa orang mengenai projek tersebut. Pembesaran ini merujuk kepada projek yang sedang dilaksanakan oleh pihak Arab Saudi untuk mempersiapkan Masjidil Haram untuk memasuki fasa seterusnya dalam dunia moden hari ini iaitu peningkatan ketara dalam jumlah jemaah haji daripada pelbagai pelusuk dunia untuk haji dan umrah. Ada melihat pembesaran ini sebagai satu pembaziran kerana pembesaran ini melibatkan kos yang besar yang pada mereka lebih sesuai digunakan untuk kemaslahatan umat Islam. Kos yang besar juga terpaksa ditanggung oleh jemaah haji yang mana jumlah mereka terpaksa dikecilkan ketika projek tersebut dijalankan. Penulanaran wabak MERS dijangka meningkat yang boleh menyerang sistem pernafasan warga haji dan umrah. Selain itu, sesetengah ahli jemaah lebih senang dengan keadaan sekarang dan selesa menunaikan ibadah ...

Syria: Saudaramu perlukan sokongan dan pembelaan

Selesai solat taraweh malam ke 15. Sesi tazkirah Surau al-Furqan Presint 11 bersama seorang syiekh dari Syria. Beliau datang memohon bantuan daripada Malaysia, yang mempunyai berkat dan rahmat dari Allah. Allah menguji keimanan orang Islam dengan tidak menurunkan hujan emas di semua negara Islam. Diberinya kesenangan di satu negara dan kesengsaraan disatu negara yang lain. Guna untuk muslim berfikir untuk membantu satu sama lain atas kelebihan yang diberikan. Beliau ungkap satu hadith Nabi s.a.w, umat islam seperti satu jasad, sakit satu bahagian, keseluruhan jasad kita akan sakit. Syiekh bercerita berkenaan kejadian di Syria bagaimana 5 kelompok musuh Islam datang menyerang umat Islam Syria, termasuk Rusia, China, Hizbu Syaitaan dari Labenon, Jaish Mahdi (Syiah) dari Iraq dan Syiah dari Iran. Syeikh mengajak kita membayangkan sekiranya semua itu berlaku kepada kita, apakah kita boleh bertahan tanpa sokongan saudara seagama? Ratusan ribu menjadi pelarian di negara sendiri, ratusan ribu...

Zuhud Yang Memberi Ketenangan

Image
Zuhud di zaman moden, amat sukar untuk dipraktikkan. Zaman ini penuh dengan kemodenan harta benda. Barang-barang yang pelik memenuhi dunia. Kadang-kadang ada yang tidak terfikir di kepala. Juara dalam zuhud sudah pasti para nabi-nabi, sahabat dan hawari mereka. Mereka tidak mengimpi dunia kerana pada mata mereka kelihatan hanya yang indah pada akhirat. Bukan sekadar makan, tapi sehingga cara hidupnya yang amat ringkas. Mati mereka meninggalkan sedimit harta untuk hidup anak-anak mereka. Saidina Umar contoh terulung di kalangan bukan nabi yang menjuarai zuhud. Daripada seorang kaya raya, akhirnya hidup dalam keadaan zuhud dengan hamparan jerami menjadi alas tidur dan lengan putihnya sebagai bantal. Khalifah yang tiada pengawal walaupun menguasai dua pertiga dunia. Apalah nasib kita dibangkitkan dalam keadaan moden ini. Ada yang cuba mencontohi pemahan mereka tentang kezuhudan sahabat. Namun bagi mereka yang makan gaji, bekerja swasta atau kerajaan, zuhud bagaimana yang boleh dipra...

Kalau ada seorang yang sepertimu, tidak kami seperti ini

Image
Gambar hiasan sahaja. Cerita di entry ini mungkin berbeza dengan versi  buku ini sekiranya ada. Entry ini bukan sebahagian daripada buku ini. Teringat perbualan dengan seorang sahabat. "Kalau ada seperti Saidina Umar nescaya Baitul Maqdis milik kita". Kisah mengenai umar seperti saya nukilkan dalam entry lepas seperti di sini . Tidak dapat saya nafikan yang kisah Umar ini sangat meruntun jiwa saya. Keunikannya, kehebatan jiwanya membuatkan rasa kecil diri ini. Kita bertilam empuk, sedang dia berguni kasar tidurnya. Matinya hanya berpusakakan beberapa dirham sahaja. Mati kita meninggalkan sebuah rumah dan kereta. Ya Allah, kehebatan Saidina Umar ini membuatkan hati kita sangat kecut. Kalau saya boleh bertemunya dalam mimpi, ingin saya mencium tangannya sepuas-puasnya. Ketika tentera Islam di bawah komandernya Ubaidah mengepong Baitul Makdis, pemuka Yahudi telah berusaha untuk menguji kekuatan iman tentera Islam. Ditaburnya kepingan imas terbaik berhampiran kem tent...

Cerita Waktu Tidur: Kisah Tok Wali

Image
Gambar hiasan. Syoknya kalau anak-anak kita secantik ini pakaiannya, dan secantik pakaian ini akhlaknya. Cerita #1. Kisah dari ibu... di sebuah kampung ada seorang penduduk bernama Razali... kerjanya mencangkul tanah ditepi masjid. Setiap kali azan masuk, Razali ini tetap melakukan kerjanya. Tidak menghiraukan orang yang datang ke masjid. Seusai solat, orang pulang dan Razali masih melakukan kerjanya. Begitulah setiap hari dan setiap waktu. Orang kampung yang datang bersolat tidak abih-abih mencemuh Razali dibelakang kerana tidak bersolat bersama. Tentulah kalau ikut hukum akal kita yang belajar agama di kampung, Razali mestinya menghormati orang bersolat, dan sepatutnya Razali masuk saf untuk bersolat bersama. Boleh dikatakan semua jemaah datang ke surau mencemuh, setidak-tidaknya dalam hati masing-masing. Kenapa begitu, kenapa begini, jahil sungguh hamba Allah ini sehingga tidak bersolat sedangkan orang lain bersolat sama... Sehingga suatu hari, seorang daripada mereka akhirny...