Pembesaran Masjidil Haram, apa pandangan anda?



Mecca construction transforms Holy City - Middle East - Al Jazeera English

Saya melewati paparan berita al-Jazeera berkenaan dengan renovasi Makkah dan pandangan beberapa orang mengenai projek tersebut. Pembesaran ini merujuk kepada projek yang sedang dilaksanakan oleh pihak Arab Saudi untuk mempersiapkan Masjidil Haram untuk memasuki fasa seterusnya dalam dunia moden hari ini iaitu peningkatan ketara dalam jumlah jemaah haji daripada pelbagai pelusuk dunia untuk haji dan umrah.

Ada melihat pembesaran ini sebagai satu pembaziran kerana pembesaran ini melibatkan kos yang besar yang pada mereka lebih sesuai digunakan untuk kemaslahatan umat Islam. Kos yang besar juga terpaksa ditanggung oleh jemaah haji yang mana jumlah mereka terpaksa dikecilkan ketika projek tersebut dijalankan. Penulanaran wabak MERS dijangka meningkat yang boleh menyerang sistem pernafasan warga haji dan umrah. Selain itu, sesetengah ahli jemaah lebih senang dengan keadaan sekarang dan selesa menunaikan ibadah dalam Masjidil Haram yang sama seperti sebuah masjid yang memerlukan keringat dan usaha untuk mendapat haji mabrur dan bukannya keselesaan yang tidak perlu seperti yang dirancang sekarang.

Saya melihat usaha yang dilakukan oleh Arab Saudi adalah untuk mempersiapkan Masjidil Haram untuk memasuki pasca moden yang melengkapi apa yang diperlukan oleh umat manusia. Peningkatan jumlah jemaah haji memerlukan agar masjid yang paling utama ini dibesarkan mengikut keperluan dan memudahkan setiap jemaah mengunjunginya uyntuk beribadah.

Apapun pembesaran yang dibuat, Makkah adalah tempat yang paling dicintai oleh umat Islam sejak berzaman. Ini mengingatkan janji Nabi s.a.w melalui hadithnya:

“Tidak ada sebuah kota pun di bumi ini kecuali Dajjal akan memasukinya, selain Makkah dan Madinah. Tidak ada jalan setapak pun padanya, kecuali disitu ada malaikat yang berkumpul menjaganya. Lalu Dajjal itu mendatangi Sabkhah (sebuah dataran penuh dengan pasir). Disana ia menghentakkan kakinya tiga kali, maka keluarlah dari kota Madinah seluruh orang kafir dan munafiq yang ada.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Ini bermakna pelindungan terhadap kaa'bah adalah urusan Allah s.w.t. Kita juga dijanjikan kerosakannya sepertimana pada hadith Rasulullah s.a.w:

Ka`bah ini akan dihancurkan oleh seseorang dari Habasyah (Ethiopia) yang kecil kedua betisnya. Ia merampas semua perhiasan Ka`bah dan mengambil kiswah (pakaian) nya. Sungguh! Saya seperti melihatnya disini (sekarang) sedang menghancurkan ka`bah dengan menggunakan Palu besar dan alat pengukurnya. Ia adalah orang yang ushaila`(tidak punya rambut kepala) dan ufaida’ (yang bengkok tulang pergelangan kakinya)

Wallahu a'lam.


Catatan: Saya tidak berpeluang lagi untuk tiba di sana. Namun saya berharap agar sauatu hari nanti saya akan diizinkan Allah untuk menikmati udara dua tempat suci ini dan melihatnya sepertimana ibu dan bapa saya melihatnya 10 tahun yang lalu.  /ah.



Comments

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung