Berlapang Dada dengan Ragam Kawan-kawan

Rakan merupakan keperluan kepada manusia. Rakan adalah menifestasi soasial tanpa kontrak yang membolehkan interaksi antara manusia. Berbeza dengan perkahwinan atau ikatan persaudaraan, kawan tidak mengikat seseorang dengan seseorang yang lain melainkan kehendak orang itu sendiri.

Banyak jenis kawan di sekeliling kita. Tetapi kali ini, tumpuan hanya diberikan kepada rakan yang mempunyai tabiat yang kadang-kadang tidak sehaluan dengan kita.

Allah swt melalui Rasulnya, menyatakan bahawa seorang sahabat yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, akan mendapat naungan Arash Allah di padang mahsyar nanti. Ada hadith yang mengatakan apabila berkelahi dan seseorang itu bergaduh secara melampaui batas, itulah tanda seorang munafik.

Memang banyak jenis rakan yang mempunyai tabiat buruk. Jika ditulis di sini, sudah tentu tidak cukup baris untuk diaturkan. Namun yang penting bagaimana kita boleh menghadapi kawan seperti ini?

Kawan adalah teman yang gunanya untuk menegur kita apabila kita melakukan kesalahan. Seharusnya kita berlapang dada menerima teguran seorang kawan. Begitu juga, kita sebagai kawan harus berani menegur perbuatqn kawan-kawan yang menyalahi keadaan dan lebih serius lagi bila menyalahi agama.

Rasulullah saw adalah contoh terbaik dalam hal ini. Tanpa mahu melukakan hati sahabat, baginda mempunyai kaedah yang hebat dalam menegur para sahabat. Kita juga harus melakukan perkara yang sama iaitu menegur dan ditegur untuk kebaikan bersama. Apabila sudah lagi ditegur tetapi masih begitu, bersabarlah, doalah untuk mereka. Bukan persoalan rakan kita berguna kepada kita, tetapi persoalannya, apakah kita ini berguna kepada mereka?

Rakan adalah aset sosial kita yang mudah terputus hubungan apabila tidak dijaga. Berhubunglah, insyaAllah, ada rahmatnyq kepada kita. AH.

Comments

ustazshafiee said…
salam mir..
ada satu kata hikmah dalam kitab hikam: berkawan dengan orang yang bodoh tetapi tidak meredhai nafsunya adalah lebih baik dari berkawan dgn seorang yang berilmu tetapi selalu menyukai dan menurut nafsunya..

ke guane?
Amir Hamzah said…
Tu la, memang betul, cuma susah kita nak kata orang tu bodoh atau tidak, melainkan melihat perbuatannya. Cuma konsep yang kita nak bawa, adalah, kalau dia bodoh, jangan ditinggalkan bodoh seperti itu tanpa kita mengajarnya. Yang cerdik pulak, bangga diri, keras hati nak terima teguran.. susah lah bang
Anonymous said…
salam ...
saya nk tanya apa ciri2 kawan yang baik dan elok untuk kita berkawan dengan dia.??
Amir Hamzah said…
banyak ciri kawan yang baik, juga banyak ciri kawan yang tak baik. Bagi seorang perompak, tentu sekali kawan yang baik adalah kawan yang boleh membantunya merompak dengan lebih banyak. Kawan si alim pula yang terbaik adalah kawan yang boleh berdebat ilmu dengannya untuk menambahkan lagi pengetahuan. Ke macam mana?

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung