Memperkasakan Ekonomi Umat Islam: Realiti dan Cabaran
Oleh Mohd Amiruddin Bin Hamzah
Dewasa ini, isu ekonomi merupakan antara isu yang paling hangat dibincangkan oleh sesiapa jua. Dari golongan orang berkulit hitam di afrika hinggalah orang yang berkulit merah di benua amerika. Semuanya tertumpu kepada perbincangan dan harapan agar ekonomi dunia pulih dan kemakmuran kembali kepangkuan mereka. Tidak dinafikan, ada negara-negara tertentu merangkak untuk keluar daripada gelombang kemelesetan dunia ketika ini. Ada berharap kepada masa dan ada yang berharap kepada kebijaksanaan pemimpin. Zaman sekarang bukanlah zaman "ali baba 40 penyamun" cerita P. Ramlee dahulu. Tidak ada lagi gua-gua yang boleh dibuka dengan "mentera" jampi untuk mendapatkan emas. Semuanya dilentur, dipalu dengan besi untuk mendapat nikmatnya. Tiada ada rezeki yang datang bergolek, tapi yang ada adalah buah-buah rezeki yang duduknya agak tinggi dan kita melompat-lompat untuk mencapainya.
Islam meletakkan ekonomi sebagai salah satu aspek kehidupan yang sangat penting. Sebenarnya, tanggungjawab ekonomi dan tanggungjawab sosial berjalan seiring. Ada orang hanya menjalankan tanggungjawab ekonomi tanpa menyorong tanggungjawab sosial yang ada pada dirinya bersama. Maka jadilah orang itu kapitalis. Berlagak dengan keuntungan yang ada tanpa perlu dikongsi dengan masyarakat. Yang hanya dikongsi adalah mekedarah cukai yang dipaksa oleh kerajaan. Pada saya cukai bukanlah satu tunggungjawab kebajikan, tetapi hanyalah tanggungjawab "retorik". Buktinya, cubalah cukai itu di "bubuh" dengan kondisi "pilihan" (option), saya yakin tidak ada yang membayarnya.
Tanggungjawab sosial bermakna tanggungjawab kebajikan. Sekiranya tanggungjawab ekonomi disorong bersama tanggungjawab sosial, maka hasilnya yang akan kita lihat adalah wujudnya satu medan kehidupan yang tidak berjurang. Yang ada hanyalah kesamarataan. Seorang ahli perniagaan yang mengusahakan perniagaannya tentulah tidak akan mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang lain untuk menaikkan harga perkhidmatannya kerana faktor tanggungjawab sosial yang ada pada diri mereka. Begitu juga, seseorang peniaga, tidak akan mengecilkan saiz produknya semata-mata hanya untuk mengawal kepuasan pembeli dalam pasaran barang (walaupun mereka mendapat untung yang tidak seberapa).
Konsep ini lah sebenarnya yang tidak ada dalam masyarakat kita pada hari ini, tetapi sebenarnya telah lama wujud dalam Islam. Memandangkan Islam satu agama kehidupan, yang dibawa kemana-mana, ke tandas, ke kedai, ke tempat kerja dan tidak ditinggalkan dimasjid-masjid sahaja, dan tidak hanya disarung ketika hendak menunaikan solat. Bahkan, Islam adalah agama yang berjalan seiring dengan kehidupan. Begitu juga dalam bidang ekonomi. Dan Allah s.w.t, dan RasulNya tidak berlepas tangan dalam memberi panduan ke arah kesejahteraan kehidupan hambanya.
Ekonomi dan Islam
Dalam pengkisahan Yusuf a.s (Surah ke 12 dalam Al-Quran) tercatat mengenai kisah di mana negara Mesir akan ditimpa bencana yang amat dahsyat melalui mimpi rajanya. Bencana ini akan membuatkan keadaan ekonomi negara itu (mungkin juga dunia pada waktu itu) amat merudum dan sukar untuk dipulihkan dan memakan masa yang amat panjang. Yusuf, atas kebijaksanaan baginda, memberi jalan keluar iaitu melalui persediaan yang rapi dan strategi yang ada yang diilhamkan oleh Allah s.w.t. Penyusunan ekonomi yang tersusun dalam tempoh 7 tahun sebelum bencana, dirancang dengan rapi agar bekalan mencukupi. Produktiviti negara di buat ke tahap maksima. Kajian dibuat untuk bagaimana hasil mahsul itu dapat dikekalkan bagi tempoh kemelesetan yang akan tiba nanti. Selepas itu mereka melalui zaman kemelesetan yang amat dahsyat sehingga satu pokok pun tidak tumbuh, satu titis air pun tidak turun. Catuan dan pengurusan bekalan makanan diagih secara saksama kepada semua rakyat bagi mengelakkan kebuluran dan penyakit. Akhirnya, Yusuf memimpin negaranya keluar daripada bencana ujian Allah yang amat dahsyat ini dengan jayanya dan naiklah baginda sebagai raja negara tersebut.
Mungkin kisah ini tidak lagi berlaku pada masa kini. Amatlah nipis peluang untuk bapak presiden bermimpi tentang sesuatu perkara dan ada seorang cendekiawan yang boleh mentadbiri mimpi tersebut. Namun, dalam konteks masa kini, kisah Nabi Yusuf ini masih ada signifikannya lagi. Raja tidak perlu lagi bermimpi, tapi raja boleh mewujudkan satu kumpulan pengkaji yang boleh menjangkakan struktur ekonomi dalam tempoh ke hadapan. Selain itu, raja juga boleh mewujudkan satu bentuk mekenisme teknologi agar hasil mahsul tidak digunakan secara sewenang-wenangnya semata-mata untuk menukarkan hasil mahsul itu kepada wang-wang kertas (lebih teruk angka sahaja) lantaran mengambil kesempatan atas kenaikan harga hasil tersebut di pasaran. Ini kerana apabila fizikal hasil tersebut telah habis, maka keperluan kepada hasil tersebut makin meningkat dan pastinya harga menjadi mahal. Mungkin kali ini kita berupaya menjualnya dengan harga yang mahal, tetapi setelah habis, kita terpaksa membelinya dengan lebih mahal lantaran keperluan barang tersebut semakin tinggi.
Begitu juga, sikap berjimat cermat menjadi asas kepada kestabilan ekonomi terutama ketika negara merangkak mengharungi kemelesatan global. Penjimatan itu bukanlah hanya perlu bermula ketika zaman kemelesetan, tetapi perlu lebih awal daripada itu, atau dalam Islam, sentiasalah berjimat. Berjimat cermat dapat mengurangkan pengaliran wang rakyat dan dapat mengurangkan beban tanggungan cukai yang dipikul rakyat terutama ketika melalui susur-susur kemelesetan yang sempit.
Dalam Al-Quran juga membicarakan mengenai bentuk perniagaan yang halal dan kemuliaan bagi mereka yang membelanjakan apa yang direzkikan kepada mereka untuk berkongsi bersama masyarakat lain yang memerlukan. Bertitik tolak kepada konsep rezeki adalah milik pencipta dan bukan milik si hamba, maka Islam membawa konsep perkongsian bersama dalam kuantiti yang sikit untuk dirasai oleh seorang yang memerlukan. Maka dari itu wujudlah konsep sedekah, sedekah wajibah (zakat), waqaf, infaq, harta rampasan perang, baitulmal dan lain-lainnya yang secara khususnya membantu golongan lain menikmati rezki Allah yang diberikan kepada seseorang yang lain. Begitu juga melalui peresapan konsep jihad yang terang-terang ditulis oleh Allah "mereka berjihad ke jalan Allah dengan harta mereka dan diri mereka".
Uniknya ekonomi Islam adalah dasar ekonomi yang satu-satunya meletakkan unsur spritual (kerohanian) mengatasi unsur meterial (kebendaan). Daripada titik usaha sehinggalah titik mengeluarkan hasil ke jalan Allah, usaha ini diganjari dengan pahala. Bermakna, seorang peniaga memperolehi kekayaan di dunia dan dijanjikan dengan saham yang lebih bermakna di akhirat kelak. Ironi ini menjadikan tanggungjawab sosial itu tadi lebih besar daripada tanggungjawab ekonomi walaupun bahagian sumbangan adalah kecil seperti zakat hanyalah satu per empat puluh (0.025%) daripada harta yang melepasi nisab zakat. Ini kerana, konsep "bertolong-tolong atas kebaikan dan ketakwaan" dan berbahu-bahu dalam mengeluarkan hasil rezki kepada masyarakat, menjadikan jumlah yang dilaburkan kepada masyarakat lebih besar dan mencukupi kepada semua rakyat. Justeru, betullah apa yang dikhabarkan oleh Allah s.a.w dalam ayat suci al-Quran iaitu:

Cabaran Ekonomi Islam
Ekonomi Islam mementingkan kesejahteraan dalam menyediakan instrumen perbankan dan instrumen ekonomi kepada manusia. Prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan, kejujuran dan kerjasama menjadi intipati dalam pembentukan prinsip-prinsip syariah yang perlu ada pada setiap instrumen. Wujud juga sekatan-sekatan yang perlu bagi menjamin prinsip halal-haram dipatuhi dalam menjalankan perahu ekonomi umatnya. Namun begitu, sekatan ini bukanlah banyak dan hanya tertumpu kepada sektor haram seperti arak, judi, ternakan haram dan sebagainya. Ekonomi islam juga mementingkan kestabilan dan pengekalan terhadap pokok harta yang mana konsep harta dalam islam dibaluti dengan kertas pembalut kerohanian. Ada nas-nas tertentu bagi harta-harta yang diperolehi secara batil yang mana boleh merosakkan keturunan dan pastinya menjadi "asam" kepada api neraka nanti.
Namun begitu terdapat beberapa cabaran sama ada cabaran dalaman atau cabaran luaran yang memberi impak kepada kejayaan dalam pelaksanaan ekonomi Islam ini. Penulis melihat perkara-perkara berikut merupakan antara cabaran yang dihadapi kini atau mungkin banyak lagi. Antaranya:
i) Sambutan dingin umat Islam kepada sistem Islam
Tidak dinafikan kesedaran kepada sistem ekonomi Islam masih ditahap yang bukanlah boleh dibanggakan. Masyarakat Islam masih terbelenggu di tunggul penjajahan yang mencanang ekonomi yang jauh bersimpang dengan ekonomi Islam. Keyakinan mereka kepada kemampuan ekonomi Islam masih kurang mungkin kerana pendedahan yang ada amat cetek dan kebanyakan mereka masih lagi berpegang kepada kepercayaan mereka kepada sistem konvensional. Sepatutnya, umat Islam terus menyokong produk perbankan Islam dan mengamalkan instrumen ekonomi Islam yang kini telah dipelbagaikan sama ada dalam pinjaman hartanah, pinjaman kenderaan, peribadi atau pinjaman kad kredit. Pemahaman terhadap aplikasi ekonomi islam perlu diterap lebih mendalam bagi membangkitkan kesedaran yang lebih berkesan.
ii) Sistem berasaskan pelanggan yang masih lagi ketinggalan
Tidak dinafikan telah banyak usaha untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, kad kredit islam perlulah lebih global dan tidak terhad pada kawasan tertentu sahaja. Begitu juga dengan kualiti kaunter dan kualiti perbankan internet, sepatutnya lebih maju atau seiring dengan kemajuan bank-bank konvensional yang lain. Akhirnya, peningkatan kepada penggunaan instrumen Islam semakin meluas dan orang ramai termasuk bukan Islam akan lebih tertarik dengan sistem ini.
iii) Sistem Ekonomi Islam masih lagi alternatif
Walaupun pihak berwajib telah berusaha untuk membentuk legasi kewangan Islam di negara ini bahkan juga di negara Islam yang lain, sistem ini masih lagi dicap sebagai alternatif. Bermakna, prioriti bank dan institusi ekonomi masih kepada sistem ekonomi konvensional berbanding Islam. Usaha perlu digiatkan untuk menjadikan legasi kewangan Islam sebagai legasi utama dan mampu untuk menenggelamkan legasi ekonomi biasa sedia ada pada waktu ini.
iv) Institusi Ekonomi Islam tidak bertaraf antarabangsa dan konsistan
Walaupun institusi ekonomi Islam di negara ini telah melalui perubahan dalam bentuk susunan fungsi, misi dan visi, membangun dari aspek teknologi maklumat, namun tidak dinafikan, masih lagi di takuk yang tidak boleh dibanggakan. Institusi baitulmal misalnya, langsung tidak dikenali bahkan fungsinya juga masih samar bagi sebilangan umat Islam. Berbeza dengan keadaan waktu awal pemerintahan Islam, segala hasil-mahsul dan perbendaharaan negara di letakkan dalam institusi ini. Baik zakat, harta perang, harta tanpa pewaris atau harta infaq, dikendalikan secara khusus dan menjadi asas kepada ekonomi negara. Begitu juga dengan institusi zakat yang tidak seimbang fungsinya dalam pengagihan dan pungutan zakatnya. Kaedah pungutan dimodenkan dengan adanya konsep amil korporat yang hasilnya meningkatkan pungutan zakat, namun masih menjadi misteri dalam aspek pengagihan. Adalah menjadi kesilapan kalau kita hanya menskopkan pemikiran kita tertumpu kepada perbankan Islam sahaja, terus sahaja meninggalkan institusi kewangan dan eknomi Islam yang lain.
v) Wujudkan Jawatankuasa Audit Islam
Penulis belum lagi menjumpai sebarang usaha dalam mewujudkan Audit Islam ini yang mana fungsinya amat digeruni oleh bank-bank dan institut kewangan Islam yang berjalan dalam negara-negara Islam. Dengan menyusun satu kumpulan kerja mahir dan professional dalam bidang syariat dan kewangan Islam, kumpulan ini akan bertanggungjawab dan berfungsi sebagai "checker" terhadap pematuhan institusi berkenaan bukan sahaja dari aspek perakaunan, malah juga memastikan perjalanan aspek-aspek keislaman yang lain seperti pematuhan fatwa dan pemakaian prinsip-prinsip syariah. Walaupun agak sukar terutama apabila terpaksa berhadapan dengan prinsip syariah yang banyak dan daripada pelbagai mazahab muktabar, namun pastinya ada jalan sekiranya usaha kearah itu dimulakan.
Mungkin banyak lagi cabaran lain yang boleh difikirkan daripada realiti ekonomi Islam yang ada pada masa kini. Namun, penulis yakin, sekiranya kewangan islam atau ekonomi Islam ini diusahakan secara serius, tanpa menjadi agenda politik mana-mana pihak, penulis yakin, akhirnya ekonomi Islam menjadi dominan dan menjadi syiar bahawa Islam adalah agama kesejahteraan dan kemakmuran. Lantas ini akan mempalitkan toresan-toresan hitam ke muka-muka kapitalis atau muka-muka orang yang membelakangkan Islam dan menganggap islam sinonim dengan kemunduran dan kemiskinan. Ingatlah, sistem inilah yang menumbangkan ekonomi bangsa yahudi di Yathrib 1430 tahun yang lalu. Dan inilah warisan Allah dan RasulNya kepada kita. /ah.

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu ber- buat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. - Al-Qasas : 77"

Comments
erm, pasal nabi yusof dan ekonomi. abang cuba lihat dari sudut ni. kebijaksanaan Nabi membaca perjalanan ekonomi dan merancang.. memang Allah memberitahu tentang ilmu ta'bir mimpi.. Secara dasarnya 7 tahun yang subur dan 7 tahun yang menyempitkan.. dan perancangan yang bijak dan berlandaskan Islam perlu untuk menyusun ekonomi sepanjang 14 tahun tersebut.
sekarang ni, para penganalisis ekonomi membuat ramalan ekonomi global. sepatutnya, perlu ada individu/ think team yang merencang sebijak dan setaqwa nabi yusof..
ke guaner?
Manusia kini masih ada kepimpinan wahyu iaitu mengikut Al-Quran dan Hadith. Persoalannya, berapa banyak yang mengikutinya?