Terroris: Fitnah terbesar tanda akhir zaman?
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah
Peristiwa 9/11 (11 September 2001), amat memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam. Dengan slogan "We never forget!", memperlihatkan azam (dan mungkin dendam?) rakyat Amerika bahawa peristiwa yang meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa ini tidak akan dilupakan selamanya. Hanya dalam tempoh beberapa jam, tohmahan telah dilemparkan terhadap dunia Islam yang mendalangi serangan yang diluar batas kemanusiaan ini.
Tulisan ini pada kali ini akan mengulas senario ini dan mungkin inilah sebenarnya yang dimaksudkan nabi antara fitnah terbesar yang akan dilalui oleh Islam sebelum berakhirnya hayat dunia ini. Fitnah bahawa Islam adalah penaja keganasan bukanlah baru. Beratus tahun lamanya, propoganda ini telah dicanang oleh missionaris kristian terutama di Eropah bagi menghapuskan kemaraan Islam ke sana pada waktu perkembangan Islam. Kemaraan Islam melalui gerakan politik dan ketenteraan telah dijadikan peluru ajaib untuk menempelak kegiatan Islam dengan menyatakan Islam melalui jalan gemilang dibawah darah dan airmata!.
Propoganda ini seakan sukar untuk ditolak oleh orang kebanyakan yang tidak mempunyai pilihan selain akur dengan kenyataan missionaris terbabit. Artikel-artikel mengenai Islam ditulis oleh para missionaris dan orientalis untuk menunjukkan penyebaran Islam melalui mata pedang, sedang agama mereka disebarkan melalui ajakan murni, tanpa paksaan. Akibat kesentengan pembacaan dan becak dalam pemikiran, menjadikan umat Islam membisu tanpa mempertahankan tohmahan ini. Perkara ini berlarutan seperti barah yang memakan daging dalam diam. Akhirnya, konsep penyebaran melalui peperangan ini digarap menjadi lebih enak dengan dakwaan keganasan. Ditambah lagi dengan perisa tambahan seperti kumpulan-kumpulan radikal Islam yang memperjuangkan prinsip masing-masing melalui penculikan, pembunuhan dan pengeboman, dan melalui media dunia, keadaan ini seolah-olah menjadi bukti dakwaan mereka.
Pendirian Islam dalam terrorisma
Dalam Islam, konsep terroris tidak pernah wujud. Bagi penulis, sesiapa yang memandang elok perbuatan keganasan ini, tentu sekali telah sesat daripada barisan perjalanan sunnah Rasulullah s.a.w. Islam mengharuskan peperangan, dalam ertikata peperangan mempertahankan maruah dan agama. Peperangan diperlukan bukan untuk menentukan kedudukan politik semata-mata. Tetapi, peperangan adalah untuk menentang kebatilan. Walaupun Islam menharuskan membunuh dalam peperangan, tetapi pembunuhan itu perlulah bermaruah. Dalam Islam, kezaliman tidak diiktiraf. Islam lebih mengutamakan sifat defensif, iaitu bertindak hanya setelah perbuatan jahat dilakukan kepada kita. Tindakan seperti penculikan, memenggal kepala orang yang diculik sebagai tanda protest akibat keengganan pihak tertentu daripada mengikuti tuntutan kumpulan tersebut, sebenarnya tidak tepat dengan prinsip Islam malah menjadikan imej Islam secara keseluruhan tercalar.
Tidaklah dikatakan pejuang apabila kita membunuh seseorang sambil tangannya terikat. Islam sendiri menggariskan tatacara perlakuan terhadap musuh-musuh yang ditawan. Islam sama sekali melarang tawanan dibunuh melainkan tawanan itu melakukan kesalahan atau membuat sesuatu yang memberi hak kepada tentera Islam membunuhnya. Tetapi Islam mengajar penganutnya untuk menghormati tawanan perang dan jauh sekali menjadikannya hamba. Sebagai contoh tawanan peperangan badar disuruh mengajar anak-anak orang muslim sebagai tebusan kepada diri mereka untuk dilepaskan. Penulis percaya ada wujudnya kumpulan radikal yang menyarung songsang agenda perjuangan umat Islam. Ini tidak lain adalah akibat kelemahan pemahaman kita kepada Islam.
Benarkah Islam disebar dengan mata pedang?
Bukanlah penyebaran Islam melalui mata pedang. Gambaran yang diberikan oleh musuh Islam sebagai strategi mudah mereka untuk meletakkan Islam dalam keadaan tertekan. Sebenarnya, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, banyak misi dakwah dianjurkan ke seluruh kawasan. Pergerakan kumpulan ini adalah berbentuk kecil dan jauh sekali untuk berperang. Apabila dakwah telah berkembang menyusup masuk ke daerah-daerah tertentu, ada kalanya penyebaran dakwah ditentang dan mereka yang menganut Islam ditekan oleh wakil-wakil kerajaan seperti Parsi, romawi atau Berzantyn. Justeru, apabila sampai kepada khalifah-khalifah Islam, maruah umat Islam di kawasan tersebut perlu dipertahankan. Perlu juga difahami, bahawa peperangan dalam Islam tidaklah boleh dilakukan dengan sembereno sahaja, bahkan tentera Islam hanya boleh memerangi tentera pihak lawan tanpa melakukan kerosakan pada tanaman, kanak-kanak, wanita, orang tua, rumah-rumah ibadat, pendeta-pendeta dan sebagainya. Sekiranya tentera lawan menyerah, adalah menjadi satu dosa sekiranya pejuang Islam membunuhnya.
Islam, Missionaris Kristian dan Yahudi
Perseteruan ini bukanlah baru. Malah telah berakar umbi sehingga ke hari ini. Bermula dengan kemenangan umat Islam di Cordoba, dan kejayaan Islam memecah tembok-tembok masyarakat kristian Eropah menjadikan dendam golongan kristian tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Kekuatan yang ada dalam jiwa umat Islam pada waktu itu, menjadikan misi menawan balik tempat-tempat yang strategik seperti istanbul, Baitul Maqdis dan bandar-bandar lain oleh pihak kristian hampir mustahil. Kekuatan yang ada pada umat Islam bukanlah calang-calang. Bukan hanya kekuatan jasmani, malah suatu yang tidak ada pada tentera kristian adalah "mencintai mati".
Setelah mencuba beberapa tahun, akhirnya, apabila tembok Islam di Sepanyol mula runtuh, memberikan satu paksi kekuatan kepada gerakan pembebasan masyarakat kristian di sana. Mereka kemudiannya melancarkan gerakan sulit untuk menghapus gerakan Islam dari dalam. Sehinggalah banyak tanah-tanah eropah mula membebaskan diri daripada cengkaman kuasa Islam. Di sinilah umat Islam berterusan dinoda dan diganasi sehinggalah terkenal satu kisah apabila Cordoba di Sepanyol jatuh kembali ke tangan Kristian, Masjid-masjid dijadikan kandang kuda dan wanita-wanita Islam di rogol.
Walau bagaimanapun, kekuatan Islam di timur tengah masih gah dan sukar untuk diganggu gugat. Warisan kekuasaan Islam yang diwarisi oleh Rasulullah s.a.w kepada Khulafa' Al-Rasyidin, yang kemudiannya legasi ini dijunjung pula oleh keraja-kerajaan Islam selepas mereka, diteruskan dengan kekuasaaan kaum seljuk yang membina empayar turki uthmaniyyah yang berkuasa sehingga 1924. Sejarah hitam kejatuhan kerajaan ini mengakhiri kekuasaaan Islam selama hampir 13 abad.
Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah
Kekuatan yang disemarakkan oleh golongan freemason, sebuah pakatan yang dinaungi oleh Yahudi menggabungkan kekuatan kewangan missionaris yang menghirup darah dan emas negara-negara yang dijajah, serta kehancuran dalaman yang didalangi oleh golongan munafik yang diketuai oleh Mustafa Kamal, menjadi ramuan yang sempurna untuk menhancurkan Islam. Kejatuhan kerajaan Turki lebih memberi impak kepada Islam kerana kejatuhannya diambang kekuasaan blok barat yang ditunjangi oleh Amerika Syarikat dan Soviet Union.
Setelah 85 tahun kejatuhan Khilafah terakhir Islam, kini umat Islam amat tertekan. Dengan dibebani dengan masalah kemiskinan, perebutan kuasa dan kekayaan, negara-negara Islam hanyut dalam mimpi sendiri. Selepas perang dunia pertama, tanah dan kekuasaan Turki diagih-agihkan. Ramailah raja-raja Arab yang dinobat dan persepadanan wilayah dibuat untuk mewujudkan lebih banyak negara-negara dan lebih banyak pemimpin-pemimpin umat Islam.
Bangsa Arab, satu bangsa yang memang terkenal dengan asabiyahnya. Satu bangsa yang menjadikan berperang sebagai adat. Pergaduhan dan tindas-menindas adalah budaya. Sehinggalah Rasulullah s.a.w diutuskan. Disapu bersih semua unsur-unsur ini dan kemudiannya dihampar dengan sutra akhlak yang baik. Sehingga bangsa yang berpecah ini disatukan atas satu nama, iaitu Islam, berpelembagaankan al-Quran dan Sunnah. Sehinggalah Nabi s.a.w berpesan kepada umat baginda yang 'ajam (bukan arab), cintailah bangsa Arab kerana baginda adalah orang Arab. Sumpah bangsa Arab ini kemudian terkesan lagi pada waktu kini, kerana apa sahaja konflik yang berlaku dalam negara Islam sama ada peperangan saudara, perebutan semanajung gaza, tidak dapat diselesaikan. Para pemimpin Arab lebih suka membisu dan beristirehat malah lebih gemar bersahabat dengan kaum Kristian.
Penghinaan dan Fitnah Terhadap Islam sampai Kekemuncak
Media seperti internet menjadikan aliran penghinaan semakin memberi kesan. Bahkan mungkin telah sampai ke kemuncak. Melalui beberapa siri serangan yang didakwa didalangi oleh kumpulan Islamiyah (bersifat Islam), peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat, Peristiwa pengeboman stesen keretapi bawah tanah di London dan Sepanyol, dan yang terkini keganasan di Mumbai (Bombay), menjadi bahan provokasi mudah untuk menjatuhkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap Islam. Walaupun sehingga kini, tidak ada kata pemutus bahawa serangan terbabit dicetuskan oleh umat Islam bahkan yang ada hanyalah tinggalan plot politik pihak-pihak tertentu. Yang jelas, serangan-serangan ini sebenarnya memberi impak mudah kepada negara-negara terbabit untuk melaksanakan polisi luar yang menguntungkan negara terbabit.
Dalam tahun yang sama, penghinaan terhadap umat Islam makin memuncak apabila karikatur Rasulullah s.a.w yang dilukis secara jelek oleh orang yang tidak bertanggungjawab, disebarkan diseleruh internet. Karikatur terhadap para nabi, adalah haram di sisi Islam, bahkan dalam konteks ini, lebih menyedihkan apabila Baginda dilukis dengan penuh kebiadaban. Suara lantang umat Islam membantah hanyalah ditapak kasut mereka sahaja. Pemboikotan barang tidak membawa apa-apa erti kerana, barang-barangan yahudi dan negara-negara tertentu yang menlindungi pelukis terbabit dipasarkan keseluruh negara umat Islam. Kadang-kadang kita lupakan ubi kayu apabila melihat KFC! Itulah sikap umat Islam yang ada kini.
Lihatlah betapa halus susunan para missionaris kristian dan yahudi terhadap Islam. Daripada fitnah Islam berkembang dengan darah dihujung pedang hinggalah kepada kegiatan militan dan terrorris (keganasan), tidak pernah menunjukkan penat terhadap usaha mereka. Selepas ini apa pula? Yang pasti kita menanti dan bersabar atas ujian ini. Seperti firman Allah s.w.t "Tidaklah orang yahudi dan nasrani itu meredhai kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak jalan agama mereka."
Apakah ini adalah fitnah terbesar kepada umat Islam akhir zaman? Kalau betullah dakwaan ini, bermakna kiamat itu sudah tidak jauh lagi. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Baginda diutuskan dan kiamat hanyalah sejauh dua jari sahaja. Tembelang yahudi dan kristian ini akan meletup busuk jua akhirnya. Tatkala nanti, batu pun mahukan yahudi di bunuh. Tunggulah, dan berusahalah. Agar kita berjaya menjunjung kasih kita kepada Rasulullah s.a.w. Ingatlah, tiada penderhakaan lebih jelek selepas penderhakaan kepada Allah melainkan penderhakaan kepada Rasulullah s.a.w. -ah.
...tidaklah dikatakan pejuang apabila kita membunuh seseorang sambil tangannya terikat. Islam sendiri menggariskan tatacara perlakuan terhadap musuh-musuh yang ditawan. Islam sama sekali melarang tawanan dibunuh melainkan tawanan itu melakukan kesalahan atau membuat sesuatu yang memberi hak kepada tentera Islam membunuhnya...

Comments
perbandingan buih-buih lautan yang digambarkan oleh Raslullah s.a.w dalam hadisnya adalah umat Islam di akhir zaman. Seperti buih sifatnya, terapung dan terus tiada.
semasa belajar hadis ni dahulu, sesuatu yang menjengah pemikiran abang. kalaulah umat akhir zaman diibaratkan buih, maka ada kemungkinan, kita adalah sebahagian dari buih itu. bukankah kita ini umat akhir zaman? Kita kena keluarkan diri kita dari kepompong buih tersebut. kita kena berjihad sedaya kita. gunakan segala medium yang ada. Janganlah kita termasuk dalam sebahagian dari buih-buih tersebut..
memutarbelitkan istilah sudah menjad sikap yahudi. dalam al-Quran ada menyebutkan suruhan Allah untuk menyebut 'hitotun' tetapi istilah tersebut telah ditukar oleh yahudi sendiri. (rujuk al-baqarah 58-59).Kalaulah kalimah 'hittotun'yang disuruh Tuhan pun sanggup ditukar, apatah lagi kalimah pengganas. pelikan, sedangkan dunia menunding jari kepada Yahudi sebagai pengganas, dengan liciknya Yahudi menukar perkataan tersebut kepada Islam. licik betul..
sekadar pandangan. :)