Jihad: Tanggapan Songsang oleh Golongan Anti-Islam
Oleh Mohd Amiruddin Hamzah
Penulis dalam beberapa hari yang lepas terbaca mengenai seorang juruterbang Muslim yang dijatuhkan hukuman penjara di Itali kerana apabila pesawat yang dikendalikan olehnya hilang kawalan, juruterbang berkenaan terus mendirikan solat. Akibat daripada tindakan beliau, 16 orang meninggal dunia akibat nahas terbabit dan selebihnya berjaya menyelamatkan diri selepas kapal terbang terbabit menjunam ke dalam laut. Juruterbang berkenaan disabitkan kerana kecuaiannya tidak melaksanakan tindakan-tindakan kecemasan yang perlu bagi pesawat yang berkenaan seperti mana yang tercatat dalam manual juruterbang.
Penulis tidak berhasrat untuk mengulas tindakan beliau kerana tindakan beliau boleh dilihat dalam dua skop iaitu konsep tawakal dan penyerahan diri kepada Allah dalam menimpa musibah. Namun begitu, penulis tertarik terhadap satu komen yang ditulis oleh seorang pengunjung blog tersebut yang menyatakan "mungkin juruterbang itu adalah teroris (pengganas) yang sengaja membiarkan kapal terbang tersebut menjunam ke laut dan ini adalah satu bentuk jihad bagi orang Islam"
Jihad adalah satu perkataan Arab yang sangat umum yang sering dipakai dalam banyak percakapan oleh orang-orang Arab. Jihad adalah perkataan yang terbit daripada perbuatan "ja-ha-da" yang membawa maksud usaha bersungguh-sungguh, rajin, dan seumpamanya. Perkataan ini telah meresap masuk kedalam bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Melayu dengan wajah yang sama dalam bahasa asalnya. Namun, peresapan perkataan jihad ini bukan saja berbentuk lingustik tetapi lebih kepada bentuk istilahnya iaitu pemakaian dalam bentuk konsep dan bukanlah linguistik. Bermakna, apabila disebut jihad, kita akan kaitkan dengan konsep penyebaran Islam atau mempertahankannya. Keadaan ini tidak hanya berlaku dalam bahasa Melayu, tetapi juga dalam bahasa-bahasa lain.
Memahami konsep jihad tidak lah sukar. Perkataan ini dikonsepkan secara lebih khusus dan bukan secara menyeluruh untuk membezakan kesungguhan atau usaha dalam agama dan usaha biasa dalam kehidupan. Sebagai contoh, orang yang bersungguh-sungguh berniaga, tidak boleh menggunakan istilah jihad dalam perniagaan (menurut kosa melayu). Sedangkan seorang yang berusaha dalam berniaga kemudiannya menginfakkan (menyumbang) hasilnya sebahagiannya ke jalan Allah, inilah yang tepat dengan konsep jihad dalam Islam.
Walau bagaimanapun, pemahaman songsang sesetengah daripada umat bukan Islam (dan sebahagian umat Islam) sendiri, melihat kepada perkataan jihad sebagai satu bentuk kekerasan tanpa mempedulikan aspek-aspek kemanusiaan dalam menegakkan ajaran Islam. Konsep ini sebenarnya ditentang dalam semua agama yang menggariskan keamanan dan keharmonian dalam beragama. Untuk menolak dakwaan ini, berbalik kepada perkataan Islam yang bererti sejahtera dan sentosa. Pemahaman yang salah tentang jihad ini membawa kepada salah faham dalam berdakwah dan memperjuangkan ajaran agama Islam.
Konsep jihad memang dibangunkan secara jelas dalam al-Quran, iaitu melalui penggunaan perkataan al-jihad secara langsung dalam beberapa ayat al-Quran. Namun begitu, perkataan jihad dalam al-Quran sering sahaja disyaratkan dengan dua aplikasi iaitu pertama dengan menyumbang harta ke jalan Allah dan mendedikasikan diri di jalan Allah. Namun begitu, persoalan yang pertama, adakah aplikasi ini berjalan seiring, atau yang pertama mendahului yang keduanya. Yang kedua, adakah konsep jihad ketenteraan dibentuk oleh Al-Quran secara khusus atau hanya tafsiran umum, dan seterusnya bentuk-bentuk jihad yang diketengahkan oleh Al-Quran.
Harta dan Diri sebagai resipi jihad
Manusia memang tidak boleh dijarakkan daripada keperluan mereka kepada harta. Memang menjadi fitrah bagi nafsu manusia untuk memiliki kekayaan harta benda duniawi. Kecintaan kepada harta membuatkan manusia lupa. Justeru, sebagaimana sayangnya mereka kepada harta, begitulah Allah memberi ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melepasnya pada jalan agamanya. Menyumbang harta kesemuanya ke jalan Allah lebih besar daripada membuka pekung besi di dada untuk ditikam oleh musuh. Ini kerana, selepas ditikam musuh, kita tidak lagi hidup, tidak memerlukan harta. Berbeza dengan harta, orang yang menyumbangkannya ke Jalan Allah, akan berterusan hidup selepas sedekahnya. Bagaimana untuk hidup tanpa segengam harta? Justeru, sumbangan ke jalan Allah lebih besar jihadnya berbanding meletakkan diri di medan peperangan.
Degree sumbangan tidak boleh disukat, tetapi boleh dilihat kehebatannya. Lihat sahaja sedekah Rasulullah s.a.w, apabila baginda menerima secupak buah tamar, disedekahkan semuanya, tanpa apa pun yang tinggal padanya. Begitu juga dengan Abu Bakar, apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w, beliau sanggup melepaskan semua harta ke jalan Allah s.w.t. Tidaklah memberi apa-apa makna apabila seorang jutawan yang menyumbang satu ribu sedang baki hartanya masih berjuta-juta, tetapi kenanglah sedekah seseorang yang mengeluarkan sedekah sepuluh ringgit tapi yang tinggal padanya hanyalah dua atau tiga ringgit.
Jihad dan Peperangan
Tidak terdapat satu ayatpun dalam al-Quran yang mendokong jihad sebagai berperang di Jalan Allah secara khusus dan semata-mata. Yang ada hanyalah penggunaan konsep jihad secara umum yang membawa maksud "usaha", berketepatan dengan konsep berusaha dalam sesuatu perkara berlandaskan agama Allah. Walaupun terdapat kecenderungan penulis-penulis kisah-kisah perjuangan di medan perang dengan menggunakan perkataan mujahidin untuk mewakili askar-askar Islam, pada pandangan penuls adalah bertujuan untuk mempercantikkan bahasa sahaja. Sedang perkataan mujahid, lebih luas penggunaannya sama ada untuk bidang dakwah, bidang tasawwuf, syariah, ibadah dan sebagainya.
Jihad dalam konteks yang lebih luas
Ayat-ayat al-Quran sendiri dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w secara jelas membuka konteks dan pengertian jihad kepada bentuk yang lebih luas dan tidak tertumpu dengan jihad secara peperangan dan jihad dalam usaha dakwah semata-mata. Dalam satu hadith, rasulullah s.a.w bersabda "...sebaik-baik jihad adalah haji yang mabrur." - Sahih Bukhari. Begitu juga jihad dalam melawan hawa nafsu. Sebagai contoh seseorang yang bangun malam, melawan nafsunya yang suka tidur dan bersolat malam, maka inilah sebesar-besar jihad dalam diri umat Islam. Memang tidak dinafikan konsep jihad secara khusus kepada peperangan diwujudkan melalui teks-teks pengumpulan hadith seperti dalam sahih bukhari yang mengumpul hadith-hadith berbentuk jihadiyyah di bawah satu bab "Bab al-Jihad" yang menghubungkan bab ini dengan ayat Al-quran berikut:

Faktor penyusunan hadith ini menjadikan konsep jihad tertumpu kepada peperangan pada awal Islam dan pada bab yang sama juga membawa kupasan Rasulullah s.a.w tentang jihad berbentuk lain seperti seperti haji yang mabrur yang mana bersesuaian dengan keadaan seseorang wanita atau mereka yang tidak mempu untuk keluar berjuang pada jalan Allah yakni mereka yang cacat penglihatan dan sebagainya.
Konklusi
Konsep jihad ini sebenarnya telah lama disongsangkan oleh golongan musuh-musuh Islam bagi tujuan kepentingan usaha mereka merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap Islam. Sambil tidak menafikan jihad itu secara khusus adalah berkenaan dengan peperangan pada awal Islam, jihad yang lebih utama adalah meningkatkan penguasaan diri dalam beribadat dan kefahaman tentang Islam. Inilah yang akan membawa kepada jihad yang lebih khusus iaitu membela Islam apabila maruah Islam dicemar. Memang tidak bermakna apa-apa apabila seorang yang tidak solat tetapi keluar berjihad.
Apabila Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemimpin akan membuka kota Constantine, baginda berkata, beliaulah sebaik-baik amir dan askarnya adalah sebaik-baik Askar. Hadith ini merujuk kepada pembuka kota tersebut iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih dan askarnya yang terdiri daripada organisasi tersusun yang mempunyai pemahaman tentang Islam dan daripada golongan mereka yang bangun dan beribadat pada waktu malam. Kekuatan jiwa mereka sehingga membentuk kekuatan jasmani mereka, dimana mereka mampu memikul kapal mereka menyeberang di atas daratan sebelum masuk kembali ke dalam perairan untuk menawan kota ini. Justeru, pemahaman tentang Islam dan kekuatan melawan hawa nafsu mereka menjadikan mereka mujahidin terbaik seperti yang rasulullah s.a.w maksudkan.
Biarlah kaum yahudi dan kristian berterusan menempelak secara songsang terhadap konsep jihad dan mendakwa ianya kunci bahawa Islam mengharuskan keganasan. Jihad dalam peperangan tetap ada tetapi hanya apabila diisytiharkan oleh pemerintah dan apabila umat Islam mempertahankan maruah agama dan hak-hak Allah daripada dinodai. Inilah yang paling ditakuti oleh kaum yahudi dan kristian terhadap kebangkitan umat Islam yang telah dijanjikan Allah pada kahir zaman ini. /ah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Faktor penyusunan hadith ini menjadikan konsep jihad tertumpu kepada peperangan pada awal Islam dan pada bab yang sama juga membawa kupasan Rasulullah s.a.w tentang jihad berbentuk lain seperti seperti haji yang mabrur yang mana bersesuaian dengan keadaan seseorang wanita atau mereka yang tidak mempu untuk keluar berjuang pada jalan Allah yakni mereka yang cacat penglihatan dan sebagainya.
Konklusi
Konsep jihad ini sebenarnya telah lama disongsangkan oleh golongan musuh-musuh Islam bagi tujuan kepentingan usaha mereka merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap Islam. Sambil tidak menafikan jihad itu secara khusus adalah berkenaan dengan peperangan pada awal Islam, jihad yang lebih utama adalah meningkatkan penguasaan diri dalam beribadat dan kefahaman tentang Islam. Inilah yang akan membawa kepada jihad yang lebih khusus iaitu membela Islam apabila maruah Islam dicemar. Memang tidak bermakna apa-apa apabila seorang yang tidak solat tetapi keluar berjihad.
Apabila Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemimpin akan membuka kota Constantine, baginda berkata, beliaulah sebaik-baik amir dan askarnya adalah sebaik-baik Askar. Hadith ini merujuk kepada pembuka kota tersebut iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih dan askarnya yang terdiri daripada organisasi tersusun yang mempunyai pemahaman tentang Islam dan daripada golongan mereka yang bangun dan beribadat pada waktu malam. Kekuatan jiwa mereka sehingga membentuk kekuatan jasmani mereka, dimana mereka mampu memikul kapal mereka menyeberang di atas daratan sebelum masuk kembali ke dalam perairan untuk menawan kota ini. Justeru, pemahaman tentang Islam dan kekuatan melawan hawa nafsu mereka menjadikan mereka mujahidin terbaik seperti yang rasulullah s.a.w maksudkan.
Biarlah kaum yahudi dan kristian berterusan menempelak secara songsang terhadap konsep jihad dan mendakwa ianya kunci bahawa Islam mengharuskan keganasan. Jihad dalam peperangan tetap ada tetapi hanya apabila diisytiharkan oleh pemerintah dan apabila umat Islam mempertahankan maruah agama dan hak-hak Allah daripada dinodai. Inilah yang paling ditakuti oleh kaum yahudi dan kristian terhadap kebangkitan umat Islam yang telah dijanjikan Allah pada kahir zaman ini. /ah.
Comments
Bagi amir, konsep jihad dan syahid memang selari. Persoalan syahid kita tinggalkan kepada Allah. Sebagaimana kaedah semua mayat hendaklah dimandikan, terpakai sehinggalah seseorang yang mati dalam peperangan kerana menegakkan maruah Islam. Kalau kekanda pernah dengar, ada istilah kampung yang mengatakan wujudnya syahid kecil dan syahid besar.
Dalam jihad yang amir cuba hurai, maksudnya ada jihad secara maknawi dan jihad secara hakiki. Jihad maknawi lebih berbentuk konsep dan bukannya actual jihad dalam ertikata peperangan. Sambil kita terima jihad peperangan sebagai salah satu bentuk jihad, kita patut terima konsep jihad supaya boleh diapply dalam kehidupan kita.
Wallahua'lam. /ah.