Zikir ritma pembangun jiwa
Alhamdulillah, Salawat dan Salam atas Nabi Junjungan, Ahli Keluarganya, dan Para Sahabatnya. Sejahteralah orang yang menyayangi baginda sehingga ke hari kiamat.
Tazkirah hari ini, mengenai "Zikir itu ritma pembangun jiwa". Alhamdulillah, Allah berikan kita satu lidah (cuba bayang kalau ada dua lidah... bercabang)... yang boleh menyentuh lelangit, hujung gigi ataupun hanya tergantung dalam mulut kita. Tidak kita sedar, lidah inilah yang membolehkan kita menyebut sesuatu dengan betul. Tanpa lidah, jadilah kita seperti orang yang bisu... lantaran lidah tidak boleh dilenturkan mengikut kehendak jiwa.
Kita pulang balik ke asal kita sebelum kita turun ke dunia. Sebelum datang ke dunia, semua kita (dalam bentuk ruh) tinggal dalam satu alam yang dinamakan alam "lahut". Pada alam ini, semua ruh yang diciptakan hanya akan mengucapkan dan menyebut tentang Allah, nama-nama Alah, sifat-sifat Allah dan memenuhi angkasa alam ini dengan zikir. Riuh rendah jadinya. Berterusanlah beribu-ribu tahun sehingga tiba ketentuan kita untuk ke dunia.
Bila tiba masa, ruh kita dibawa oleh malaikat dan ditiupkan ke dalam rahim ibu kita. Maka kita telah berpindah dari alam lahut, ke alam baru bernama alam janin. Kini kita merasakan sesuatu pada ruh kita, iaitu kita kini mempunyai 'sarung' iaitu tubuh yang terdiri dariapda tulang-tulang dan daging. Allah meletakkan bersama kita satu dari makhluknya yang bernana "nafsu". Maka bercampurlah kita dengan nafsu... ada masanya kita akan makan kerena nafsu kita inginkan makanan. Dalam alam ini juga kita berzikir memuji Allah...
Bila kita berpindah ke alam dunia, kita melihat benda-benda hidup yang lain, yang turut berzikir kepada Allah. Setiap masa ingatan mereka kepada Allah. Kata ulama', binatang itu sama seperti manusia... diciptakan dengan nafsu dan akan pulang ke tanah. Berbeza dengan kita, seekor burung atau binatang yang lain, tidak diberikan ilmu mengenai mati atau kiamat. Gunanya, sekiranya binatang tahu mereka akan mati, mereka akan tidak lalu makan dan minum, lantaran memikirkan takutnya akan mati. Jadi Allah tidak masukkan dalam pengetahuan mereka tentang mati.
Berbanding kita, kita telah diberi pengetahuan tentang mati, tapi masih kita belum berbuat apa. Sebutan mati hanya di bibir, dan tidak sampai ke lubuk hati...
Berbalik kepada zikir, zikir hendaklah bermula dengna lidah. Apabila telah basah lidah ini, maka akan turunlah ke hati. Timbullah rasa kyusu' natijah daripada zikir yang disebut sebelumnya.
Zikirlah satu bentuk ibadah yang menggambarkan kasihnya kita kepada Allah. Kita bersolat fardhu, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, sebenarnya hanya untuk memastikan batang tubuh kita tidak dijamah oleh api neraka. Amalan sunatlah yang menjadi kayu pengukur kepada kasih sayang kita kepada Allah.
Zikir boleh diungkap memuji Allah ataupun berselawat kepada Rasululah s.a.w. Semua orang akan berasa berat untuk melaksanakan zikir ini, tetapi jika dihitung, cubalah menyebut 100 kali salawat "Allahumma Salli 'Ala Saidina Muhammadin Wa 'Ala aalihi Wasahbihi Wasallam", ianya hanya mengambil masa 7-10 minit sahaja. Kita merasa berat lantaran beratnya perasaan nafsu kita, membenci kita berzikir. Carilah motivasi, katakanlah kepada diri, "Engkau mampu menonton televisyen lebih 3 jam, tetapi bila berzikir hanya beberapa minit, engkau rasakan berat!".
Marilah kita bersama-sama berzikir, insyaAllah, Allah bentukkan sahsiah kita, melindungi kita, kerana, sudah menjadi kebiasaan, seorang kekasih tidak akan membiarkan kekasihnya dalam kesusahan.
Ya Allah, ampunkan aku. -ah.

Comments