Guru di Sebalik Gunung



Semalam yang hilang...
Hari ini datang
Kadang-kadang dengan senyuman
Kerutan di dahi memudarkan senyum di pipi
Kadang-kadang malam hilang
Tanpa menyelimut kelopak mata
bersama syair indah si sayap jernih
tanpa kelambu
hanya kepulan asap kelabu
Pena tetap beralas tinta
Menyongket ilmu
Menenun jiwa

Dinihari beratapkan embun pagi
menguak buih-buih sungai
mahu mendidik anak-anaknya
yang hanya mengenal buaya
ikan sungai yang tidak tahu jantan betinanya
diteratak yang hanya bertiangkan buluh
tatkala rakan mu menunggang kancil
engkau menapak di titi reput
kamu membelai amanat bangsa
tiada siapa peduli
tiada yang tahu

dewasa anak sungai
air tangan mu bergenang dijiwanya
anak sungai itu tahu amanatmu
bekas tapak kakimu tersemat dilubuknya
arah alurnya dibentuk tanganmu
dia tahu yang mana permata
dia tahu yang mana kaca
tiang serinya semegah tiang titi penambang
tidak reput dimakan lumpur hitam
hanya kerana engkau yang mengetamnya
hanya kerana engkau yang memilih kayunya
anak sungai itu tidak tewas dengan arus
tinggi mana pun arasnya
kuat mana pun gelompang ulunya
anak sungai mu tetap disitu

Kau yang disebalik gunung
tangkak hidupmu tetap di situ
anak sungai mu kini memeras emas
didulang mereka yang di hilir
anak sungai mu deltanya pekat
orang dihilir menumpang pacak
anak sungai mu memberi bakti
bukan kepada dirinya sendiri
tetapi kepada pertiwi

engkau tetap disitu
disebalik gunung itu
betul kata orang
engkau lah segunung lilin
menyala mu berterusan
panas mu menjadi teman
menerangi kegelapan
anak sungaimu menjadi emas
sedang engkau tetap orang gunung

banggalah orang gunung
didikan mu tiada tolok bandingnya
bermula dari sepatu ilmumu
itulah sebaik-baik ajaran
kerana ilmu sepatu itu
yang menjadi anak sungai mu
nakhoda di lautan
yang bersepatu kanan di sebelah kanan
yang memimpin sebuah lautan

Biarlan ibu anak sungai mu kadang-kadang lupa
mereka mendabik dada
melupakan jasamu gunung
bahawa lurah ilmumu lah yang membentuk anak-anak mereka
tatkala anak sungaimu mencapai hilirnya
tetapi bagi ku
ku tahu
engkaulah punca anak sungai itu
usah kau bimbang
jasa gunung itu tetap ku kenang
walaupun namanya sudah hilang
tetap menjadi sebutan

Guru ku
engkau lah gunung
aku lah anak sungai mu
aku mengalir ke hilir
membawa pasir ilmu mu
menjadi emas bagi mereka di hilir
ku bina bangunan mencecah langit
ku bina gedung
ku bina segalanya
semuanya dari didikan mu

siapalah aku tanpa mu
hanyalah anak sungai terbiar
bersemak samun dan likat lesu airnya
didasarnya lumpur hitam berlumut jingga
itulah diriku sekiranya tanpa mu...

guruku... inilah solut ku untuk mu
Selamat hari guru....

Amir Hamzah
Washington DC
21 Mei 2010

/.. Selamat Hari Guru kepada semua guruku dan sahabat-sahabatku bergelar guru; dan

Khas buat Kekanda-kekandaku pendidik tersayang:

Nor Iza Hamzah
SMK Seri Bali, Chaah Segamat

Nor Akma Hamzah
SK Seri Iman, Kemaman

Khadijah Hamzah
SMK Bukit Mentok Kemaman

Nor Azlina Hamzah
SMK Sultan Ismail II

Robiah Hamzah
Universiti Kuala Lumpur

Mohd Shafiee Hamzah
Universiti Darul Iman (KUSZA)

Comments

ajako said…
keluarga pendidik, tp enta pun ustaz jugak, ustaz amir
ustazshafiee said…
Rasul pendidik terulung..

p/s : sajak yang best
Ukhtie Rashidah said…
ye la...keluarga pendidik ni!
Selamat mendidik:)

Popular posts from this blog

Hiasi Harimu dengan al-Quran

Merindui Semangat Muhammad Al-Fatih

Muhammad: Namamu Teragung