Engkau Bahirahku...
(rungkaian jiwa buat isteri tersayang... selamat hari lahir...)


Engkau Bahirahku...
Sekelumit bicara jiwa
Mendengar desir nafasmu
diperaduan waktu
disamping kesuma kalbu
kutahu nafasmu dalam
diselimuti kenyenyakan malam
biar disuluh cahaya neon
matamu sedikit terbuka
takut simanja terjaga
biarpun dirimu dibuai penat
biar pantangmu masih berusia
engkau tetap mengalun lagu
mengulit lena dalam terjaga
itulah diri mu
engkau bahirahku...
berseri dan berseri
bukan wajahmu jadi penanda
tapi jiwamu yang menawan sukma
bukan kerana lunak suaramu
bukan kerana hartamu
tetapi hanya kerana cintamu
bahirahku,
terima kasih
atas lagu hidup ini
terbuai aku kerna lagu mu
tatanganmu membuat aku pilu
kerana aku tidak dapat menandingi mu
walaupun sebait lagumu
indah susunan lagumu
engkau susun irama hidup
waktu sendu irama mu ceria
waktu berjaya irama mu sejahtera
andai lupa irama mu mengingatkan
Bahirahku,
andai diriku dipanggil pulang
senyumlah dihatimu
kerna dirimu akan ku kalungkan
bukan dengan bunga kebendaan
bukan dengan bunga kekayaan
itulah kalungan keredhaan
membawa engkau kepintu kebahagiaan.
Bahirahku...
Senyumlah.


Engkau Bahirahku...
Sekelumit bicara jiwa
Mendengar desir nafasmu
diperaduan waktu
disamping kesuma kalbu
kutahu nafasmu dalam
diselimuti kenyenyakan malam
biar disuluh cahaya neon
matamu sedikit terbuka
takut simanja terjaga
biarpun dirimu dibuai penat
biar pantangmu masih berusia
engkau tetap mengalun lagu
mengulit lena dalam terjaga
itulah diri mu
engkau bahirahku...
berseri dan berseri
bukan wajahmu jadi penanda
tapi jiwamu yang menawan sukma
bukan kerana lunak suaramu
bukan kerana hartamu
tetapi hanya kerana cintamu
bahirahku,
terima kasih
atas lagu hidup ini
terbuai aku kerna lagu mu
tatanganmu membuat aku pilu
kerana aku tidak dapat menandingi mu
walaupun sebait lagumu
indah susunan lagumu
engkau susun irama hidup
waktu sendu irama mu ceria
waktu berjaya irama mu sejahtera
andai lupa irama mu mengingatkan
Bahirahku,
andai diriku dipanggil pulang
senyumlah dihatimu
kerna dirimu akan ku kalungkan
bukan dengan bunga kebendaan
bukan dengan bunga kekayaan
itulah kalungan keredhaan
membawa engkau kepintu kebahagiaan.
Bahirahku...
Senyumlah.
Comments
kasih cintamu mendamaikan jiwaku...
terima kasih untuk segalanya...